KUALA LUMPUR 20 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di luar kubu kuatnya, Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang pada PRU 13 berikutan permintaan pemimpin dan rakyat, khususnya di Selangor dan Perak.
Menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat parti pagi tadi, beliau berkata, KEADILAN memiliki ramai pemimpin berkelayakan untuk menggantikannya di Permatang Pauh jika beliau tidak mempertahan kerusi berkenaan.
Bagaimanapun, Ketua Umum KEADILAN itu setakat ini masih bercadang mempertahan kubu kuat itu tetapi tetap mempertimbang kemungkinan bertanding di kawasan lain.
“Tetapi di Selangor mungkin tidak, mungkin saya akan bertanding di Perak,” katanya.
Beliau bagaimanapun menolak sebarang kemungkinan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar yang juga anak sulungnya untuk bertanding di kerusi berkenaan.
“Beliau sibuk di kawasannya di Lembah Pantai. Kenapa hendak ganggu? Cukuplah (Menteri Wilayah) Raja Nong Chik (sahaja) yang ganggu dia,” katanya, berseloroh.
Parlimen Permatang Pauh adalah kuat kuat Anwar, lama sebelum KEADILAN ditubuh dan ia terus penguasaan terus didominasi dengan kemenangan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu, dipenjara.
Ketika pengaruh KEADILAN jauh dari paras kemuncak manakala BN mencatat rekod terbaik sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini, kerusi Permatang Pauh tetap gagal ditawan calon Umno, sebaliknya kekal di tangan KEADILAN.
(FZL)
keadilandaily
No comments:
Post a Comment