KUALA LUMPUR 22 MAC: Setelah dua minggu pengakuan bapa Saiful Bukhari mendedahkan pegawai khas Perdana Menteri, Kharil Annas Jusoh dalang di belakang konspirasi politik yang dirancang dalam kes fitnah liwat II, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atasnya.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sikap tidak serius kerajaan berhubung pendedahan tersebut membuktikan kelemahan kerajaan Umno BN.
“Polis tak pernah ambil pusing untuk siasat pendedahan tersebut termasuk laporan penyelewengan khususnya melibatkan pemimpin Umno.

Pada pendedahan 8 Mac lalu, Azlan juga mengakui semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau sendiri dirancang dan diskripkan Khairil Annas bersama peguam Zamri Idrus.
Khairil Annas ialah Pegawai Khas Najib yang ditemui Saiful Bukhari di Jabatan Perdana Menteri pada 12 Februari 2008 untuk memohon biasisawa sedangkan Saiful dibuang dari Universiti Tenaga Nasional.

Mengulas lanjut, Zuraida menyifatkan kebisuan Najib membersihkan namanya jika benar tidak terlibat dalam kes itu gambarkan ketakutan beliau.
“Najib langsung tak respon. Maknanya beliau takut dan tak yakin untuk berdepan rakyat bagi menjelaskan kedudukan sebenar siapa Khairil Annas,” kata Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor itu.
Kata Zuraida, tiada alasan lagi untuk Umno BN mentadbir negara dan tampuk pemimpin perlu ditukar ekoran salah guna kuasa dan penyelewengan.
“Dari kes kecil hingga besar, Umno BN begitu lemah untuk ambil tindakan. Begitu juga isu Lahad Datu yang tak mampu ditangani,” katanya. – NS
keadilandaily
No comments:
Post a Comment