KUALA LUMPUR, 12 Mac — Langkah Putrajaya untuk menaikkan gaji anggota polis dan tentera menjelang Pilihan Raya 2013 tidak semestinya menguatkan sokongan gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.
Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak (gambar) bersetuju untuk menyetarakan gaji pasukan keselamatan dengan penjawat awam lain seperti diumumkan semalam, menelan belanja RM1.5 bilion untuk meningkatkan gaji bagi mereka yang tidak dinaikkan gaji tahun lalu, satu langkah dilihat untuk meningkatkan sokongan BN dalam pilihan raya akan datang.
Persepsi umum adalah pengumuman tersebut bermakna sokongan lebih kuat pasukan keselamatan oleh kerana tentera dan polis dilihat sebagai penyokong tradisonal BN. Akan tetapi maklumat lebih bebas di internet, tempat berkempen bagi pembangkang menyebabkan persepsi tersebut dicabar, kata penganalisis.
“Secara tradisionalnya, mereka diketahui menyokong kerajaan, akan tetapi untuk mengatakan mereka tidak mampu membuat keputusan termaklum dengan aliran maklumat bebas kini adalah keterlaluan,” kata Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia kepada The Malaysian Insider.
Sebelum pengumuman, PAS bergerak untuk menyaingi usaha terakhir Najib bagi memenangi hati penjawat awam dengan menjanjikan kemudahan sama dan memperbaiki apa-apa janji perdana menteri untuk meningkatkan gaji dan elaun di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Langkah tersebut menunjukkan persaingan bagi memenangi hati penjawat awam yang merupakan kunci undi dari kalangan 13.3 juta pengundi berdaftar untuk membuang undi dalam pilihan raya umum tahun ini.
PAS dan sekutunya DAP dan PKR menggemparkan BN dalam Pilihan Raya 2008 apabila menafikan majoriti tradisi dua pertiga mereka di parlimen. Gabungan tiga parti itu memenangi 82 kerusi dan empat negeri dan menyebabkan (Pakatan Rakyat) PR ditubuhkan.
PKR dari PR dilihat bekerja keras untuk mendapatkan undi dari 250,000 pengundi dari kem polis dan tentera di seluruh negara. Untuk memperkuatkan kempen mereka, parti tersebut telah merekrut bekas jeneral dan polis ke dalam parti mereka. Pengaruh mereka penting untuk mendapatkan undi demografi ini kepada PR, kata pemimpin parti.
Penganalisis dari Universiti Putra Malaysia Dr Jayum A Jawan mengatakan walaupun peningkatan gaji menyebabkan lebih sukar bagi pembangkang untuk melonggarkan cengkaman BN terhadap anggota keselamatan, dalam keadaan politik sekarang, tiada apa yang pasti.
“Ya secara umumnya mereka (pasukan keselamatan) diketahui menyokong kerajaan hari ini. Akan tetapi ini tidak bermakna mereka menyokong parti pemerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Walaupun ianya mungkin mempengaruhi sokongan untuk BN, tetapi ianya hanya satu sektor. Untuk menang pilihan raya, kamu perlu gandingan kombinasi pelbagai faktor lain,” tambah beliau.
themalaysianinsider
themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment