Loading...

Wednesday, July 22, 2009

Perbincangan Dengan Exco Selangor

"MASA ITU EMAS" Walaupun jadual serta perjalanan persidangan Dewan Negeri Selangor begitu padat, YB Shuhaimi berkesempatan juga membawa wakil penduduk Taman Sri Muda bertemu YB Ronnie Liu yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi membincangkan permasalah berkenaan pembangunan di Taman Sri Muda.

Waktu rehat makan tengah hari merupakan peluang keemasan untuk YB Shuhaimi menemukan wakil penduduk Taman Sri Muda dengan Exco Kerajaan Negeri itu di tingkat satu Bangunan Annex yang juga menempatkan Dewan Negeri Selangor. Kesudian Exco tersebut meluangkan masa rehat beliau juga memudahkan lagi perbincangan mereka.

Dalam pertemuan tersebut YB Ronnie telah memberi jaminan untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Taman Sri Muda dengan seberapa segera. Diakhir pertemuan penduduk mengkagumi keikhlasan serta kesediaan para pemimpin pakatan rakyat membantu serta melayan bagi meringankan beban mereka tanpa mengira tempat dan masa walaupun diketika padat menghadiri sidang Dewan Negeri Selangor.





No comments: