Buat pertama kalinya Persidangan Dewan Negeri Selangor hari ini turut disaksikan 69 pelajar Tingkatan 5 di bawah Program Tuisyen Rakyat Dun Sri Muda, yang mewakili tiga buah Sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alam Megah, SMK Taman Seri Muda dan SMK Jalan Kebun.
Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan Dun Sri Muda, Rizal Omar berkata, lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perjalanan sidang dewan Negeri yang sedang berlangsung ini.
"Tujuan adalah memberi pendedahan kepada pelajar supaya dapat melalui dan melihat terus cara perjalanan dewan Negeri Selangor,itu adalah matlamatnya," jelasnya.
Rizal berkata, ini adalah lawatan kali pertama pelajar terbabit untuk mengetahui cara bagaimana rang undang-undang digubal.
Pelajar yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana dewan ini bersidang.
Bagi Aruna Devi, berasa sungguh gembira kerana dapat lihat bagaimana cara seorang berbahas, dan ini mengalakkannya untuk menjadi seorang ahli politik.
"Tujuan saya datang sini untuk melihat sendiri apa yang selama ini saya belajar, selama ini saya rasa benar-benar ingin tahu bagai mana dewan bersidang rasa sangat gembira," katanya.
Pelajar-pelajar juga berkesempatan bertemu serta beramah mesra bersama YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri YB Teng Chang Kim dan Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei serta melawat kawasan sekitar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah yang juga merupakan tempat terletaknya pejabat-pejabat kakitangan kerajaan negeri termasuk YAB Menteri Besar.
Video Temuramah TVSelangor.com
No comments:
Post a Comment