Loading...

Wednesday, July 29, 2009

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2008

SelangorTV


66 Pelajar Cemerlang DUN Sri Muda Dirai

Perbelanjaan untuk tujuan pendidikan merupakan satu pelaburan yang tidak merugikan malah pulangannya adalah setimpal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Walaupun ADUN dan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat Selangor dihalang memasuki sekolah-sekolah dalam kawal selia kerajaan pusat, namun usaha untuk membantu para pelajar di negeri ini terus dilaksanakan.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri sudah memperuntukkan kira-kira 43 ribu ringgit untuk membiayai kelas tuisyen percuma kepada anak-anak negeri Selangor yang bakal menduduki SPM tahun ini.

Keutamaan diberikan kepada pelajar yang ibu bapanya berpendapatan kurang dari 1,500 ringgit sebulan.

“Kita mengadakan pelbagai program pendidikan, bermula tahun 2009 ini, semua pelajar terutama sekali kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada 1,500 ringgit, kita menggambil satu inisiatif memberikan latihan ataupun tuisyen percuma kepada semua anak-anak ini.

“Pendidikan adalah satu bidang yang saya yakini bahawa banyak mana pun pelaburan atau kewangan yang terpaksa kita keluarkan ia akhirnya akan memberikan pulangan yang setimpal”, kata Shuhaimi.

Shuhaimi berkata demikian semasa Majlis Malam Anugerah Pelajar Cemerlang DUN Sri Muda 2009 di Taman Sri Muda, Shah Alam malam tadi.

Pada majlis itu, Shuhaimi meraikan seramai 66 pelajar cemerlang dalam kawasan DUN Sri Muda daripada tiga peringkat iaitu UPSR, PMR dan SPM yang sudah berjaya pada peperiksaan tahun lalu.





YB Shuhaimi Berceramah di Kampung Halaman beliau di Bagan Serai Perak

dari blog Perisik Rakyat

Nizar:Jelajah Bagan Serai (II)

Gambar sekitar ceramah jelajah yang turut disertai DS Nizar,YB Shuhaimi(Adun Sri Muda Selangor) dan YB Kasavan (Adun Hutan Melintang) bertempat di padang Serai Perdana.

Sekitar 6000 orang hadir berbilang bangsa dan jawatan untuk mendengar aura DS nizar dan penceramah jemputan lain...Hidup Rakyat!!

Kehadiran YB Shuhaimi selaku wakil Negeri Selangor tenyata dinantikan terutama bagi mendengar sendiri perkembangan sebenar politik Pakatan Rakyat Selangor yang sedang hangat kini. Bagan Serai bukanlah asing bagi YB Shuhaimi kerana disitulah tempat beliau dibesarkan.

Monday, July 27, 2009

YB Bersama Wira Rakyat







Sunday, July 26, 2009

Saturday, July 25, 2009

Bekas naib presiden MIC serta PKR

Bekas naib presiden MIC, SS Subramaniam hari ini menyertai PKR dan merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang.

Di satu majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini, Subramaniam, 65, (duduk dua dari kanan), turut mengumumkan 10 cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai.

Pembubaran cawangan-cawangan tersebut membabitkan kira-kira 1,700 ahli MIC yang melompat menyertai PKR.

"Saya telah menyokong dasar PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama, tetapi hanya sekarang saya berani mengatakan bahawa saya menyertai parti tersebut," katanya disambut sorakan gemuruh 350 hadirin.

Subramaniam telah menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga menjadi naib pengerusi MIC Selangor selama tiga dekad.

Baca berita penuh

Friday, July 24, 2009

Keadilan Untuk Teoh Beng Hock



http://www.petitiononline.com/j4bhmacc/petition.html

To: 10000

We, the undersigned, hereby demand :-

(1) The establishment of a Royal Commission of Inquiry to independently and thoroughly investigate this tragic incident.

(2) The immediate resignation of the Malaysia Anti-Corruption Commission (MACC) National Director.

(3) The unconditional apology by Minister in the Prime Minister Department Mohd Nazri Abdul Aziz over his remarks on Beng Hock’s death.

我们,以下签署者,同声要求:-

(1) 成立皇家调查委员会,独立与彻底地调查明福的命案
(2) 反贪委员会全国主任马上引咎辞职
(3) 首相署部长纳兹里对其言论作出毫无保留的道歉

Kami, yang menandatangan di sini, dengan sebulat suara:-

(1) Menyeru penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Beng Hock secara bebas dan teliti.

(2) Menggesa Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) meletakkan jawatan segera atas tragedi Beng Hock.

(3) Mendesak Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri meminta maaf atas kenyataan beliau terhadap kematian Beng Hock.
Sincerely,

Thursday, July 23, 2009

Atas desakan rakyat akhirnya Najib akur tubuhkan Suruhanjaya Diraja

Kabinet sebentar tadi memutuskan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini.

Pada sidang media itu, Najib berkata satu inkues yang diketuai oleh majistret juga akan diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

"Kabinet putuskan tiga perkara iaitu sebuah suruhanjaya diraja akan diwujudkan untuk meneliti dan mengkaji peraturan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ini bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi dalam kes itu langkah ini untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang," katanya.

Najib berkata, Suruhanjaya Diraja dan inkues itu mungkin akan memulakan tugas minggu depan.

Keputusan rasmi kabinet itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya menyebut:

Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.

Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.



Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.

Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Wednesday, July 22, 2009

Sidang Dewan Negeri Selangor

Sepertimana Sidang Dewan Negeri yang lepas-lepas Sidang Dewan kali ini juga tidak kurang hangatnya, pertikaman lidah antara Adun Pakatan Rakyat dan Adun Barisan Nasional tidak henti-henti sepanjang sidang berlangsung. Sidang Dewan kali ini juga meluluskan Perkataan Dewan Undangan Negeri ditukarkan kepada Dewan Negeri Selangor.

YB Shuhaimi juga berkesempatan mengambil peluang mencelah berdebat serta berbahas beberapa kali ketika Adun Sungai Panjang YB Khir Toyo yang juga merupakan bekas Menteri Besar Selangor berhujah mempertahankan segala pendedahan yang didedahkan oleh YB Pakatan Rakyat.

Seperti juga YB Pakatan Rakyat yang lain YB Shuhaimi mengambil peluang didalam sidang Dewan Negeri ini untuk mengenegahkan beberapa persoalan serta permasalah berkaiatan kawasan mereka, antara persoalan yang ditimbulkan oleh YB Shuhaimi kali ini adalah berkaitan dengan Pemberian Hadiah RM 1000 kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara yang didapati agak samar syarat kelayakannya.

Sidang kali ini juga menyaksikan beberapa Adun Barisan Nasional digantung dari menghadiri Sidang Dewan berkuatkuasa serta merta. Antara yang digantung adalah Adun Sg Panjang YB Khir Toyo yang menuduh speaker "bias" atau berat sebelah.

Gambar-gambar ini diambil pada sidang minggu lalu.




Perbincangan Dengan Exco Selangor

"MASA ITU EMAS" Walaupun jadual serta perjalanan persidangan Dewan Negeri Selangor begitu padat, YB Shuhaimi berkesempatan juga membawa wakil penduduk Taman Sri Muda bertemu YB Ronnie Liu yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi membincangkan permasalah berkenaan pembangunan di Taman Sri Muda.

Waktu rehat makan tengah hari merupakan peluang keemasan untuk YB Shuhaimi menemukan wakil penduduk Taman Sri Muda dengan Exco Kerajaan Negeri itu di tingkat satu Bangunan Annex yang juga menempatkan Dewan Negeri Selangor. Kesudian Exco tersebut meluangkan masa rehat beliau juga memudahkan lagi perbincangan mereka.

Dalam pertemuan tersebut YB Ronnie telah memberi jaminan untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Taman Sri Muda dengan seberapa segera. Diakhir pertemuan penduduk mengkagumi keikhlasan serta kesediaan para pemimpin pakatan rakyat membantu serta melayan bagi meringankan beban mereka tanpa mengira tempat dan masa walaupun diketika padat menghadiri sidang Dewan Negeri Selangor.