KHAIRI
JAMALUDDIN TIDAK LAYAK BERCAKAP SOAL BANTERAS RASUAH.
Saya agak
terkejut dengan ulasan oleh YB Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia
yang disiarkan di akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Februari 2012. Pada sangkaan
saya sebagai Ketua Pemuda UMNO, Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Ahli Parlimen
Rembau beliau seorang yang peka kepada sesuatu isu semasa.
Nampaknya
sangkaan saya melesat dan komen beliau memberi gambaran jelas akan sebab
sebenar kenapa beliau tidak dilantik menjadi menteri di bawah kabinet PM Dato’
Sri Najib Razak, walaupun kedudukannya sebagai ‘Naib Presiden’ UMNO. Terbukti ‘inteliktual’
beliau tidak melayakkannya untuk duduk dalam kabinet menteri kerana cara
fikirnya amat tidak matang, kebudakan dan dangkal maklumat.
Tuduhan
beliau saya ‘membersihkan’ diri sendiri adalah tidak benar dan sama sekali tidak berbangkit. Jika kes lama yang
dikitar semula ini boleh di ambil oleh YB Khairi sebagai suara Pemuda UMNO,
jelas beliau amat perlukan bimbingan dalam politik.
Penjelasan
saya kepada media sebelum ini lebih kepada menjawap tuduhan oleh Raja Petra
Kamarudin (RPK) yang mengeluarkan salinan slip bayaran tulen bagi tujuan lain, tetapi
di pesong serta dikaitkan kepada bayaran
sebagai dorongan mendapatkan kontrak. Ada perbezaan besar dalam manipulasi slip
ini yang perlu diketahui oleh rakyat, kontrak tidak wujud, pinjam di kaitkan 'tumbuk rusuk'. Saya hanya menjelaskan ‘spin’ cerita
negetif mahupun tokok tambah perbualan telefon RPK dan
berasaskan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang di petik seperti dibawah amat terang menjelaskan
maksudnya!
“The MACC says the A-G's Chambers has returned the investigation
papers and no charges were brought against the two assemblymen.
“The MACC would like to
announce that investigations on Sri Muda state assemblyman Mat Suhaimi Shafiei
and Batu Caves state assemblyman Amirudin Shaari have been completed and (the
investigation papers) handed over to the A-G’s Chambers,” the MACC said in a
statement.
The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said
today that it had completed investigations on the alleged sand theft syndicate
in Selangor.
However, the Attorney-General’s
(A-G) Chambers had returned the investigation papers and had recommended
that no further action be taken on the case.”
Saya
bukan seperti YB Khairi yang di tuduh melakukan ‘rasuah politik wang’ semasa
pemilihan UMNO dan hanya ‘dibersihkan’ oleh Jawatankuasa parti sendiri sahaja
bagi melayakkan bertanding Ketua Pemuda UMNO dan menang secara ‘meragukan’. Apakah cukup hormat Pemuda UMNO pada SPRM dalam skandal rasuah politi wang Khairi Jamaluddin? SPRM pun di tegah menyiasatnya oleh pimpinan UMNO!
Dalam sidang akhbar saya juga, saya tidak
menyebut sedemikian hanya sekadar memaklumkan dari apa yang saya difahamkan oleh
pegawai SPRM sendiri. Hak mereka yang disasat membolehkan mereka bertanya dari
masa ke samasa tentang hasil siasatan yang dibuat dan jika di tanya oleh orang ramai kita mempunyai hak untuk menjawapnya sekadar yang kita tahu.
Umum
sewajarnya dimaklumkan bahawa saya telahpun disiasat sepenuhnya bersama YB
Amirudin. Mereka mereka yang namanya di
sebutkan oleh RPK kesemuanya sudah di panggil untuk soal siasat jauh lebih awal,
sebelum saya di siasat lagi. Kesemuanya disiasat berhari hari dan melaui proses
biasa seperti mana orang biasa lain di saisat. Semua telefon individu terlibat
di ambil dan semua mereka yang telah di soal siasat ‘masih terkeliru’ hingga
kehari ini.
Apakah YB
Khairi di soal siasat seperti itu yang telah ‘membersihkan’ beliau dari rasuah
politik wang?
Ketidakmatangan
YB Khairi Jamaluddin yang telah lama dihidu Perdana Menteri semakin ketara
apabila mengarahkan pula Ketua Pemuda UMNO Selangor yang ‘lurus bendul’ membuat
laporan polis pada hari yang sama dan mahu melaporkan pada SPRM pada hari isnin (13 Februari 2012) sedangkan kes yang
dikaitkan dengan saya sudah pun selesai disasat SPRM.
Lihatlah
betapa tidak peka dan matangnya pimpinan Pemuda UMNO Malaysia, apatah lagi
Pemuda UMNO Negeri Selangor. Membuat sesuatu tanpa menyiasat terlebih dahulu duduk
perkara sebenar dan cerita ‘golongan munafik’ ini yang cuba disensasikan.
Apabila
kes berkaitan kes ‘baja, benih padi, wang zakat yang disalah guna, mahligai
besar di Shah Alam’ dan National Feedlot Corporation (NFC) yang jelas terdapat unsur jenayah rasuah tiada pula kelihatan pemuda UMNO bergegas ke balai membuat
laporan polis apatah lagi laporan pada SPRM. Manakala kes yang sudah selesai disasat
pula di buat laporan polis. Inilah ‘lawak jenaka’ Pemuda UMNO Malaysia.. Mereka
tiada visi dan hala tuju sejak berketuakan Ahli Parlimen Rembau yang ‘sepatutnya’
menjadi Menteri.
Sungguh amat
malang bagi UMNO mempunyai pemuda yang bukan sahaja tidak matang, bahkan juga
‘lulus bendul’. Tidak hairanlah Ungku Saleh yang ‘cacat fikiran’ selaku Ketua
Pemuda UMNO Selangor, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat
Firdouz Megat Junid
‘badan besar otak kecil’ dan “Pegawai Khas Baja kepada Dato’ Sri Noh
Omar’ yang juga Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan di
ambil supaya semua arahan Ketuanya akan dilaksanakan. Skrip yang dibaca oleh
Sohaimi Shahdan juga jelas menunjukkan ‘hidungnya semakin besar dicucuk’. Mari
kita semak apa kata Pemuda UMNO Selangor;
“Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Mohd Salleh Ungku Abdul Jamal
dalam laporan polisnya berkata, di dalam blog tersebut terdapat pendedahan
penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam Selangor oleh dua Adun, yang merujuk
kepada Adun Batu Caves Amiruddin Shari dan Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei.
Katanya, isu ini harus dipandang serius memandangkan terdapat
unsur jenayah rasuah dan berharap kes ini dapat disiasat secepat mungkin.
Semantara laporan kepada SPRM akan dikemukakan pihaknya Isnin
ini…..”
Pengamatan
saya samada Pemuda UMNO Selangor atau Puteri UMNO Selangor, tahap ‘lurus bendul’
mereka sama sahaja ‘bengkok’nya. Puteri UMNO Selangor yang ‘terpaksa dipimpin’ kerana
amat mentah semasa timbul kes ‘derhaka’ dahulu juga mengeluarkan kenyataan ‘lurus
melangkah bendul’ semata mata mahu dilahit senada dengan Pemuda. Walhal masa yang
ada patut dimanafaatkan ‘membakar lemak’ supaya lebih berstamina pusing
Selangor.
Kepada
YB saudara Khairi Jamaluddin, saya sarankan agar saudara lebih peka dan faham
sesuatu isu sebelum saudara mengulasnya. Semasa saya bertemu saudara di rumah
Dato’ Sri Anwar Ibrahim (DSAI) takala saudara menyerahkan passport DSAI satu
ketika dahulu, tafsiran saya pada saudara ialah, saudara antara pemimpin masa
depan negara ini.
Tetapi
kini persoalan yang berlegar di fikiran saya adalah, berapa lama agaknya saudara
akan mampu bertahan dalam dunia politik UMNO ini jika daya fikir saudara tak
berubah? Dalam keadaan saudara di kelilingi oleh ‘badut yang lurus bendul’ dan tanpa
para penasihat yang rapat dengan PM, cita cita saudara akan ‘mati meragan’ dan
tidak kemana. Carilah masa berfikir halatuju politik saudara.
Persoalan
yang paling ingin saya tanyakan pada saudara, layahkah saudara bercakap soal
rasuah ini? Sudahkah saudara renungkan zaman saudara ‘di tingkat 4’ dahulu? Apa
jadi dengan ECM Libra dahulu?
UMNO
sudah hampir ke zaman penamat, tempoh hayat hanya berbaki dalam bilangan bulan,
bukan lagi tahun! Masa akan menunjukan kebenaran akhirnya akan menang. Masa itu
Khairi Jamaluddin akan di kenang dalam sebahagian kecil sejarah sebagai anak
muda yang rakus dan antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang gagal menjadi menteri.