Loading...

Sunday, February 26, 2012

Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

 

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

 

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

 

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.  Walau bagaimanapun  pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

 

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

 

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

 

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

 

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

 

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

 


Dr. Badrulamin Bahron
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 22, 2012

Noh Sibuk Isu Pasir Untuk Elak Skandal NFC


Oleh Hafizan Taib
22/02/2012
69 View
Share

SHAH ALAM, 21 FEB : Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sewajarnya memberi perhatian terharap isu besar seperti skandal Lembu Fidlot NFC yang dipertanggungjawabkan kepadanya daripada memperkatakan mengenai kes pasir di Selangor. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, Noh tidak seharusnya lepas tangan dalam isu itu dan cuba mengalihkan tumpuan rakyat terhadap pecah amanah duit rakyat berjumlah RM250 juta yang didakwa melibatkan seorang menteri.

Menurutnya, keutamaan perlu diberikan kepada kes itu sepertimana arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Noh untuk memantau kes tersebut.

Katanya, pihaknya bersetuju dengan saranan Noh supaya isu kepentingan rakyat dibawa ke "mahkamah rakyat" supaya rakyat boleh membuat penilaian berhubung sesuatu isu dibangkitkan.                                                                                                                                                                                                  
"Apakah Noh masih belum menyiapkan kertas laporan untuk dibawa ke 'mahkamah rakyat' seperti diarah Perdana Menteri untuk Noh pantau dalam skandal Lembu Fidlot
 NFC? Dalam perkembangan terkini yang saya ikuti sewaktu ditanya wartawan berhubung perkembangan skandal yang melibatkan RM250 Juta wang rakyat, dilaporkan beliau terkial-kial untuk menjawab soalan wartawan dalam mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa terdapat pecah amanah dana rakyat dalam pembelian aset NFC.              
                     
"Jawapan diberi Noh berhubung isu salahguna skandal Lembu Fidlot NFC adalah 'saya tidak tahu'. Apakah itu jawapan seorang menteri yang ditugaskan oleh Perdana Menteri untuk memantau kegagalan projek Lembu Fidlot NFC? soalnya dalam satu kenyataan media dibuatnya hari ini.

Shuhaimi berkata, tidak cukup dengan itu adakah juga Noh bersedia untuk bersemuka di "mahkamah rakyat" berhubung skandal PKFZ, skandal tanah ADUN Umno dan yang lainnya.

Tidak mahu menyebut mana-mana pemimpin Umno Selangor, beliau berkata, cukuplah sekadar menjelaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit kerana terpaksa membeli tanah milik seorang ADUN Umno Selangor satu masa dahulu dan sehingga sekarang tiada siasatan pihak berkuasa berkaitan perkara itu.

Tambahnya, Noh tidak sepatutnya menyibuk dalam urusan lain yang bukan di bawah tugasnya dan perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawab diberikan kepadanya.

"Isu pasir di Selangor ditangani dengan baik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dalam masa hampir empat tahun dengan angka dan statistik menunjukkan pencapaian dalam peningkatan royalti pasir.

"Malah isu ini sudah lebih 30 tahun bermula. Bukan sahaja di Selangor bahkan juga di Johor, Negeri Sembilan dan Perak. Mana suara pimpinan Umno dalam isu yang sama di negeri lain?," katanya.

Shuhaimi Cabar Noh Berdebat Isu Pasir Di Tanjung Karang


Oleh Hafizan Taib
21/02/2012
524 View
Share

SHAH ALAM, 21 FEB : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie secara terbuka mencabar Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar untuk berdebat demi kepentingan rakyat Selangor berhubung pelbagai isu termasuk pengurusan pasir.

Shuhaimi yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor menjelaskan debat dicadangkan itu adalah jalan terbaik bagi rakyat membuat penilaian di "mahkamah rakyat" akan kebenaran dan penyelewengan yang berlaku sebagaimana diinginkan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu.

Menurutnya, isu pasir itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih tumpuan rakyat berhubung isu pecah amanah wang rakyat yang didakwa melibatkan seorang menteri.

"Maka saya cabar Noh untuk berdebat secara terbuka dalam isu ini jika dia benar ikhlas dan jujur. Noh tentukan masa dan tempat hatta di Tanjung Karang sekalipun saya akan turun untuk berdebat dengan beliau. Biar rakyat Selangor menjadi hakim," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Shuhaimi berkata, dirinya yang dikaitkan dengan isu pasir itu telah disiasat sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak hampir dua tahun lepas dan sebaiknya semua pihak menunggu hasil perbincangan semula jawatankuasa khas SPRM sebelum membuat sebarang rumusan apatah lagi spekulasi liar.

Beliau berkata, Noh seharusnya sedar selama hampir empat tahun pengurusan pasir di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor, angka dan statistik telah menunjukkan pencapaian dalam peningkatan royalti pasir.

"Pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor adalah jauh lebih baik berbanding pentadbiran cacamarba UMNO Selangor dahulu. Malah banyak berlaku penyelewengan dan penyalahguna kuasa di sepanjang pentadbiran Umno dulu termasuk isu skandal PKFZ, tanah ADUN Umno dan lainnya.

"Maka saya cabar Noh untuk berdebat dan jangan cuba mengalihkan tumpuan rakyat," katanya.

Tuesday, February 21, 2012

Swastakan Loji Benih Padi, Petani Derita

Swastakan Loji Benih Padi, Petani Derita
Oleh Nazli Ibrahim (TVS)
21/02/2012
24 View
Share

PERMATANG, 21 FEB: Tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menswastakan loji benih padi di Negeri Selangor bukan sahaja menyebabkan pesawah terpaksa membeli harga benih tinggi.
Demikian menurut Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri ketika dihubungi Selangorkini baru-baru ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut menyebabkan pesawah-pesawah di Tanjung Karang termasuk di Dun Permatang terpaksa membeli benih padi pada harga RM28 berbanding sebelum penswastaan RM22 tetapi dibekalkan benih yang tidak berkualiti.

"Dahulu kerajaan ada memiliki loji benih padi sendiri, jadi pesawah dapat beli benih padi dengan harga RM22 sahaja bagi setiap kampit 20kg.

"Tetapi apabila Datuk Seri Noh Omar jadi Menteri Pertanian, dia swastakan loji benih padi di sini dan menyebabkan pesawah terpaksa beli dengan harga RM28.

"Malangnya, sepatutnya apabila diswastakan kualiti benih dan sistem pembekalan jadi lebih baik tetapi menjadi teruk dan kucar kacir dan mampu menjejaskan pengeluaran padi negara ini," ujar Yahya.

Tegasnya, Inilah jadinya apabila kerajaan memberikan tanggungjawab ini kepada syarikat yang kurang pengetahuan dan keupayaan teknikal dalam mengeluarkan benih padi.

Yahya turut mendesak menteri terbabit yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Karang agar menjelaskan butiran subsidi RM20 bagi setiap kampit yang diberikan kepada pegusaha loji terbabit.

"Selain harga RM28 yang dibayar oleh pesawah, kerajaan turut membayar subsidi sebanyak RM20 kepada pengusaha logi benih terbabit bagi setiap kampit seberat 20kg.

"Kita menyokong subsidi untuk meringankan beban pesawah, tetapi soalnya subsidi RM20 itu adalah tinggi, tetapi tiada perincian untuk menampung kos apakah subsidi itu diberikan," katanya lagi.

Monday, February 20, 2012

NOH OMAR USAH BERPOLITIK MURAHAN, SAHUT CABARAN DEBAT TERBUKA JIKA IKHLAS!

Saya ingin menjawab kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato Seri Noh Omar dalam akbar Sinar Harian bertarikh 16 Februari 2012 yang mengatakan ingin mengajak rakyat Selangor untuk perbicaraan terbuka dalam 'mahkamah rakyat' berhubung kononnya ada penyelewengan dalam isu pasir di Selangor.
Sejak awal saya mengatakan isu ini sengaja dibangkitkan bagi mengalihkan tumpuan rakyat pada pecah amanah duit rakyat yang didakwa turut mengaitkan seorang menteri. Saya tegaskan untuk kesekian kalinya, saya sudahpun disiasat sepenuhnya sejak hampir dua tahun lepas dan sebaiknya semua pihak menunggu hasil perbincangan semula jawatankuasa khas SPRM sebelum membuat sebarang rumusan apatah lagi spekulasi liar.
Telahan itu benar kerana sebaik sahaja tuduhan jahat ini dilakukan ia di sambut oleh Noh Omar. Laporan polis dan pada SPRM dibuat walaupun telah diumumkan jawatankuasa akan bersidang pada 23 Februari depan. Jelas 'plot' ini disambung UMNO Selangor semata mata untuk merosakan nama saya dan Pakatan Rakyat.
Saya ingin nyatakan kepada Noh Omar saya setuju untuk beliau mengheret sebarang isu demi kepentingan rakyat ke 'mahkamah rakyat' atau ke ruang 'public opinion' kerana saya percaya sebarang isu yang melibatkan kepentingan rakyat sewajarnya diberi perhatian dan wajar diambil tindakan proaktif. Sebelum saya menjelaskan fakta dan angka kejayaan pengurusan pasir di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor, suka untuk saya bertanya;
I) Apakah Noh Omar masih belum menyiapkan kertas laporan untuk dibawa ke 'mahkamah rakyat' yang diarah oleh Perdana Menteri untuk Noh Omar pantau dalam skandal Lembu Fidlot NFC memandangkan beliau merupakan Menteri Pertanian dan Asas Tani? Arahan memantau oleh PM kepada Noh saya lihat seperti 'memberi tugasan menjaga bank kepada penyamun'
2) Apakah Noh bersedia untuk bersemuka di 'Mahkamah Rakyat' berhubung skandal NFC, skandal PKFZ, skandal tanah ADUN UMNO dan lainnya?
Dalam perkembangan terkini yang saya ikuti sewaktu Noh Omar ditanya wartawan berhubung perkembangan skandal Lembu Fidlot NFC yang meilbatkan RM250 Juta wang rakyat, saya melihat beliau terkial-kial untuk menjawab soalan wartawan dalam mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa terdapat pecah amanah dana rakyat dalam pembelian aset NFC.
Jawapan yang diberi Noh Omar berhubung isu salahguna skandal Lembu Fidlot NFC adalah; 'saya tidak tahu'. Apakah itu jawapan seorang menteri yang ditugaskan oleh Perdana Menteri untuk memantau kegagalan projek Lembu Fidlot NFC?
Inilah penyakit sebenar Noh Omar , selalu ingin menyibuk dalam urusan yang sebenarnya bukan di bawah tugasannya sedangkan apa yang dipertanggungjawabkan kepada beliau dijawab 'tak tahu'.
Apakah Noh Omar tidak sedar selama hampir 4 tahun pengurusan pasir di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor, angka dan statistik telah menunjukkan pencapaian dalam peningkatan royalti pasir kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor adalah jauh lebih baik berbanding pentadbiran cacamarba UMNO Selangor dahulu. Angka dan statistik ini beliau perlu teliti semula sebelum bercakap merapu tidak tentu hala. Janganlah terlalu berpolitik hingga mengelapkan pandangan resional dan bukti berfakta yang tidak dipesongkan. Kelemahan memangnya ada, tetapi merumuskan semuanya negetif adalah tidak adil kerana isu pasir ini sudah lebih 30tahun bermula. Bukan sahaja di Selangor bah juga di Johor, Negeri Sembilan dan Perak. Mana suara pimpinan UMNO dalam isu yang sama di negeri lain?
Saya cabar beliau belaku jujur dan teliti semula kes penyelewengan yang melibatkan kerugian jutaan ringgit kepentingan rakyat dalam skandal PKFZ di Pelabuhan Klang. Mengapa isu yang lebih besar seperti ini yang melibatkan ribuan ekar tanah dipandang sepi oleh beliau? Mana laporan oleh UMNO? Apakah kerana takutkan pemimpin 'taiko' MCA hal ini didiamkan?
Saya juga tidak mahu sebut mana-mana pemimpin UMNO Selangor yang terlibat tapi cukuplah saya nyatakan bahawa PKNS terpaksa menanggung jutaan ringgit kerugian kerana terpaksa membeli tanah milik seorang ADUN UMNO Selangor satu masa dahulu dan sehingga sekarang tiada siasatan pihak berkaitan. Saya yakin seluruh rakyat Selangor tahu mengenai perkara ini.
Kalau Noh Omar mahu mengheret Menteri Besar dalam 'mahkamah terbuka', maka dengan ini saya cabar Noh Omar untuk debat secara terbuka dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat Selangor, termasuk isu pasir semasa zaman UMNO BN memerintah Selangor dahulu. Kita lihat siapa 'penyangak' sebenar! Noh Omar usah bercakap dengan bukti yang dipalsukan dan ugut mengugut untuk dedah penyelewengan. Ayoh! Jika ikhlas, kita debat secara terbuka. Tidak perlu libatkan Menteri Besar dalam cabaran ini. Noh Omar tentukan masa dan tempat, hatta di Tanjong Karang sekalipun saya akan turun untuk berdebat dengan beliau. Biar rakyat Selangor menjadi hakim!
Usah berdolak dalik, jika benar beliau jujur, sambut cabaran debat dengan saya. Beliau Ahli MKT UMNO, saya Ahli MPP Pusat. Saya tunggu kalapangan masa beliau. Jika cabaran ini gagal disambut, bererti beliau Ketua UMNO yang bacul dan hanya seperti seekor 'ayam jantan yang kuat berkokok, tapi ekor bergelumang dengan najis'.

Shuhaimi Hj Shafiei
ADUN SRI MUDA /
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SMK Tmn Sri Muda Majlis Pelancaran 3K & Sek Selamat

SMK Tmn Sri Muda menghadiri Jemputan ke Majlis Pelancaran 3K & Sek Selamat 
serta Majlis Penyerahan cek sumbangan










Polis didakwa sengaja biar provokasi samseng Umno di Parlimen Sembrong


(Sidiqin Omar - Suara Keadilan
KUALA LUMPUR: KEADILAN menuntut jaminan polis bahawa program anjuran Pakatan Rakyat selamat dari sebarang gangguan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nausution Ismail.

“Kita kenal pasti 50 hingga 100 motosikal melibatkan kumpulan samseng upahan berusia antara 15 hingga 18 tahun. Melalui penduduk tempatan mereka ini samseng Umno.

“Apakah jaminan polis untuk pastikan program politik Anwar Ibrahim dan lain-lain jika polis berpihak seperti ini?” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Dalam kejadian malam semalam, sekumpulan samseng Umno membaling batu hingga cermin kereta Anwar retak manakala pintu kanan dan kiri kereta kemek akibat ditendang.

Beliau kesal kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan walaupun laporan polis sudah dibuat Ketua Cabang KEADILAN Sembrong, Mohd Yusof di balai polis Kluang, pagi tadi.

“Kayu, batu, telur busuk dan mercun bola dibaling melepasi kepala polis,” katanya sambil menyifatkan krebiliti polis sangat memalukan.

Mengikut laporan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Saifuddin berkata, lebih 20 anggota polis bertugas ketika kejadian sekaligus bermakna bilangan anggota tidak berseragam adalah tiga kali ganda.

“Apakah kerana kawasan yang kita masuki itu kawasan Menteri Dalam Negeri, polis membenarkan tindakan ganas semata-mata untuk lindungi kedudukan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan Parlimen Sembrong?

“Apakah ketakutan mereka hilang sokongan sehingga terpaksa bertindak secara ganas terhadap program Pakatan Rakyat?” katanya.

Saifuddin menegaskan, serangan samseng Umno itu tidak menggentarkan mereka, bahkan KEADILAN akan terus menggandakan program penerangan.

“Tindakan ganas tak akan menyekat penerangan kita. Johor negeri paling berpotensi untuk Pakatan Rakyat. Kita tetapkan program gerak tumpu setiap minggu tanpa henti,” katanya

Sunday, February 19, 2012

Isu moral di antara Anwar dengan BN

Sunday, 19 February 2012 20:24


Written by  Viktor Wong, Malaysia Chronicle


Isu moral di antara Anwar dengan BN
Adalah cukup jelas bahawa seluruh jentera propaganda Barisan Nasional (BN), termasuk mereka yang mendakwa diri mereka “kuasa ketiga” kini giat sekali dalam memastikan agar kredibiliti dan moral ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terjejas dengan teruk sekali.

Sebelum ini, jentera propaganda BN telahpun dipergiatkan pada dua tahun yang lalu dengan serangan demi serangan terhadap Anwar berkenaan dengan kes perbicaraan liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan. Jika sekiranya kes yang berlaku pada tahun 1998 akibat daripada perbuatan khianat Azizan Abu Bakar diambil kira, ia adalah mencukupi bagi orang ramai untuk membentuk suatu pendapat yang boleh menjejaskan lagi masa depan politik dan keperibadian Anwar di mata umum.

Dan kini timbul pula beberapa rakaman video yang kononnya Anwar telah melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang juga telah berlanjutan selama setahun lamanya dan Anwar turut diugut akan terdedah lebih banyak lagi video seumpamanya tidak lama lagi.

BN pakar dan kilang seks

Kenapa pula BN memutuskan untuk mengulangi pendedahan yang sama dengan begitu kerap sekali? Kenapa pula seksualiti Anwar terus menjadi tumpuan BN secara berterusan dan dakwaan meliwat, berseks dan sebagainya diulangi satu demi satu? Namun demikian ketua pembangkang itu tetap popular dan disangjungi oleh rakyat jelata.

Kan tidak masuk akal? Rakyat Malaysia pada umumnya telahpun mempunyai pendapat mereka terhadap Anwar. Macam mana sekali pun, seluruh jentera propaganda BN tetap mempergiatkan usaha mereka untuk menggugat kredibiliti Anwar oleh kerana popularitinya di kalangan rakyat masih kukuh dan tetap unggul. BN takut bahawa Anwar dan Pakatan Rakyat kini semakin menghampiri Putrajaya.

Kedegilan BN untuk meneruskan dan mengulangi persembahan dan pembikinan seksnya yang sama untuk tatapan umum walaupun telah beberapa kali gagal untuk mencacatkan sepenuhnya keperibadian dan moraliti Anwar jelas menunjukkan bahawa kewarasan BN telah hilang dengan sepenuhnya.

Hanya mereka yang kurang waras sahaja yang akan asyik dan suka mengulangi perbuatan yang sama dan tidak berkesan dengan mengharapkan akibat yang berlainan akan menimpa mangsanya. Rakyat Malaysia pada keseluruhannya telah bosan dengan pelbagai karenah dan tipu muslihat BN yang sering mengancam keperibadian Anwar.

Apa yang rakyat jelata inginkan selama ini adalah lebih banyak lagi pendedahan mengenai salahlaku dan penyalahgunaan kuasa yang diamalkan oleh BN selama lebih daripada 50 tahun pemerintahannya apabila Pakatan berkuasa nanti. Ramai di antara kita amat sangsi dengan ketelusan yang didakwa oleh BN di dalam pentadbiran mereka selama ini berdasarkan pelbagai bentuk masalah dan skandal demi skandal yang telah banyak dibongkar.

Pemimpin di mata umum

Kita semua percaya bahawa sebagai seorang pemimpinyang dipilih dan bertanggungjawab kepada rakyat, beliau akan sentiasa mendapat perhatian umum biarpun di mana sahaja seseorang pemimpin itu berada. Oleh itu, para pemimpin haruslah bertanggungjawab sepenuhnya jika sekiranya salahlaku mereka terbongkar kepada umum. Pendek kata, jikalau ingin menjadi seorang pemimpin politik, beliau perlulah bersedia untuk menghadapi situasi sebegini kerana tanggungjawab selaku seorang pemimpin.

Rakyat juga mempunyai hak mutlak untuk memberikan kritikan, memberikan teguran dan sebarang pendapat mengenai perilaku dan perbuatan setiap pemimpin politik.

Yang malang sekali bukannya tentang kelemahan yang ada pada para pemimpin. Para pemimpin adalah juga manusia sama seperti kita semua dan di negara mana sekali pun, tidak akan ada seseorang pemimpin yang cukup mantap atau lengkap akan diri mereka. Itu mustahil.

Yang malangnya di sini adalah selalunya para pemimpin pembangkang khususnya daripada Pakatan yang selalunya akan menjadi mangsa pemerhatian umum mengenai perilaku dan tindakan mereka oleh kerana kerajaan BN sering mensasarkan mereka dengan media massa milik mereka. BN sanggup melakukan apa sahaja bagi “mendedahkan” apa yang mereka dapati daripada pihak pembangkang.

BN memanupulasi moral

Sistem perundangan dan kehakiman di negara kita ini telah banyak menampakkan kecacatan dan berat sebelah oleh kerana manupulasi yang berlebihan oleh kerajaan BN selama ini. Dengan itu, isu “moral” sering dipergunakan oleh BN bagi mengekang para pemimpin pembangkang.

Dalam isu moral ini, pihak BN pula tidak begitu memastikan agar tahap perilaku mereka terpelihara. Di manakah moral mereka ini apabila para pemimpin BN ini menggunakan kuasa mereka untuk mengambil wang rakyat untuk memperkayakan diri mereka, keluarga mereka dan anak-anak mereka? Di manakah moral mereka ini apabila pemimpin BN ini telah membelakangkan demokrasi dengan menggulingkan sebuah kerajaan negeri yang dipilih rakyat melalui amalan memeras ugut? Adakalh kesemua ini adalah suatu moraliti yang BN berharap rakyat akan mempercayai atau menerimanya tanpa usul periksa?

Rakyat sememangnya akan berpeluang untuk menghakimi kesemua ini di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kita mungkin akan bertanyakan sesama sendiri sama ada moral di pihak BN itu adalah lebih baik atau suci daripada Pakatan atau sebaliknya.

Adalah amat rumit untuk memutuskan moraliti yang mana boleh diterima atau sebaliknya kerana kalangan kita sendiri juga punyai pelbagai pemikiran dan pendapat yang berbeza khususnya yang melibatkan keperibadian seseorang pemimpin.

Kita semua berhak untuk mengeluarkan pendapat, akan tetapi, yang mengakibatkan kemarahan kita adalah sikap kebencian dan hipokrit yang ditunjukkan oleh para pemimpin BN di dalam usaha mereka untuk mematikan seberapa banyak pemimpin pembangkang yang perlu dengan menggunakan pelbagai cara yang tidak adil.

Walaubagaimanapun, Tuhanlah yang maha esa dan Tuhanlah yang mengetahui segala-galanya.

Malaysia Chronicle

Thursday, February 16, 2012

Bekas Bendahari Umno S’ngor didakwa seleweng RM18.85 juta

Bekas Bendahari Umno S’ngor didakwa seleweng RM18.85 juta

(Oleh: Sidiqin Omar)

SHAH ALAM 16 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menuntut siasatan terhadap bekas Bendahari Umno Selangor, Datuk Manan Md Said berhubung dakwaan pecah amanah dan salahlaku, membabitkan penyelewengan RM18.85 juta wang kerajaan negeri.

Justeru, satu laporan polis dibuat terhadap Manan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam petang tadi oleh AMK Selangor melalui ketuanya, Irwan Ismail.

“Manan melalui syarikat Khidmat Bakti Sdn Bhd, yang mana beliau adalah salah seorang ahli lembaga pengarah telah dianugerahkan projek perumahan di Seksyen 20, Shah Alam pada tahun 1996.

“Selepas 2008, audit kerajaan Selangor mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM 18.85 juta kerana Khidmat Bakti gagal menjalankan projek.

“Bayaran dibuat melalui Bank Islam pada 2002 selepas kelulusan Exco,” kata Irwan kepada Keadilandaily.com.

Menurut Irwan, berikutan kegagalan itu, tanah seluas 47,714 kaki persegi (11.79 ekar) di Seksyen 20, Shah Alam itu terpaksa ditebus semula oleh kerajaan Selangor, menyebabkan MBSA mengalami kerugian.

“Bagaimana syarikat RM2 boleh dapat projek RM18.8.5 juta?,” Saol beliau sambil menegaskan maklumat diperolehi dari ‘orang dalam’ MBSA sendiri.

Justeru beliau turut menuntut siasatan dibuat terhadap bekas Datuk Bandar Shah Alam ketika itu, Datuk Abu Sujak Mahmud.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, keterangan polis akan diambil daripadanya di IPD Petaling Jaya, bila-bila masa mulai sekarang.

“Kami juga akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” tegas Irwan.

Jelas Irwan, 30 peratus dari keseluruhan tanah seluas 47,714 kaki persegi itu dikhususkan untuk perumahan kuarters MBSA.

“Bukan di Shah Alam sahaja. Ada banyak lagi kes seperti ini di tempat lain,” jelas Irwan memberitahu akan mendedahkan satu persatu skandal melibatkan pemimpin Umno di Selangor.

Wednesday, February 15, 2012

Tarikh Akhir Penduduk Membayar Sumbangan 5 Peratus Projek Ceria Adalah 7 Mac Ini


Wednesday, 15 February 2012 

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM,15 FEB : Penduduk yang telah ditawarkan bantuan di bawah Program Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) Fasa Kedua perlu mengemukakan bahagian mereka sebelum 7 Mac 2012 akan datang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan, Iskandar bin Abdul Samad berkata Untuk Fasa Kedua CERIA, 50 kawasan pangsapuri telah ditawarkan dan 26 kawasan telah mengemukakan bahagian mereka.

Di bawah CERIA, penduduk pangsapuri kos rendah perlu mengemukakan pendahuluan sebanyak 5 peratus dari kos membaikpulih sebelum kerja-kerja dimulakan. Baki 15 peratus boleh dibayar secara ansuran.

“Penduduk pangsapuri kos rendah hanya perlu menanggung 20 peratus dari kos baikpulih dan Kerajaan Negeri akan menanggung 80 peratus.Adalah diharapkan 24 kawasan yang belum mengemukakan bahagian mereka melakukannya secepat mungkin.

“Sekiranya mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan 5 peratus ini, maka diharap mereka dapat membincangkannya dengan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor,” kata Iskandar dalam kenyataan medianya.

Tambah Iskandar ,jika mereka gagal datang berbincang sebelum 7 Mac 2012, maka kawasan mereka akan ditangguh perlaksanaannya ke Fasa Ketiga.Kawasan-kawasan yang berada di Fasa Ketiga pula akan menggantikan giliran mereka.

“Kerajaan Negeri berhasrat untuk membaikpulih 100 kawasan di bawah CERIA.Untuk Fasa Pertama, 18 kawasan telah ditawarkan dengan 10 kawasan telah siap sepenuhnya,” katanya.

Isu Palestin: Dasar Malaysia berkiblatkan Amerika, Israel


KUALA LUMPUR 15 Feb: Malaysia tidak pernah konsisten memberi sokongan terhadap perjuangan Palestin, sebaliknya dasar luar kerajaan Barisan Nasional berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya Malaysia konsisten terhadap perjuangan Palestin dan menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap talam dua muka dalam isu itu.
Apakah Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?” soalnya dalam satu kenyataan media, lewat malam tadi.

Saifuddin mengingatkan pada  Mei 2006, Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM), namun  membelakangkan kehadiran Menteri Luar Palestin yang sah, Dr Mahmoud Al Zahar yang dilantik perdana menteri ketika itu, Ismail Haniyeh.

Sebaliknya,  kerajaan Malaysia mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin sewaktu pimpinan kerajaan Fatah.

Malah Farouk, kata Saifuddin, turut dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.
“Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili HAMAS yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas,” ujarnya.

Menurut Saifuddin, hakikat bahawa HAMAS menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap HAMAS yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah.

“Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan FATAH yang tewas pilihanraya.
Kata Saifuddin, Dr Mahmoud AlZahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudian memulau persidangan NAM tersebut.

“Beliau menemui pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden ketika itu Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

“Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan beliau. Malahan Ustaz Nasaruddin kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai ‘biadap’,” jelas beliau.

Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin, yang sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin.

“Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihanraya.

“Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS pada ketika itu maka Malaysia juga akur,” ujarnya.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26607

Monday, February 13, 2012

KHAIRI JAMALUDDIN TIDAK LAYAK BERCAKAP SOAL BANTERAS RASUAH.


KHAIRI JAMALUDDIN TIDAK LAYAK BERCAKAP SOAL BANTERAS RASUAH.

Saya agak terkejut dengan ulasan oleh YB Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang disiarkan di akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Februari 2012. Pada sangkaan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO, Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Rembau beliau seorang yang peka kepada sesuatu isu semasa. 

Nampaknya sangkaan saya melesat dan komen beliau memberi gambaran jelas akan sebab sebenar kenapa beliau tidak dilantik menjadi menteri di bawah kabinet PM Dato’ Sri Najib Razak, walaupun kedudukannya sebagai ‘Naib Presiden’ UMNO. Terbukti ‘inteliktual’ beliau tidak melayakkannya untuk duduk dalam kabinet menteri kerana cara fikirnya amat tidak matang, kebudakan dan dangkal maklumat.

Tuduhan beliau saya ‘membersihkan’ diri sendiri adalah tidak benar dan sama sekali tidak berbangkit. Jika kes lama yang dikitar semula ini boleh di ambil oleh YB Khairi sebagai suara Pemuda UMNO, jelas beliau amat perlukan bimbingan dalam politik. 

Penjelasan saya kepada media sebelum ini lebih kepada menjawap tuduhan oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengeluarkan salinan slip bayaran tulen bagi tujuan lain, tetapi  di pesong serta dikaitkan kepada bayaran sebagai dorongan mendapatkan kontrak. Ada perbezaan besar dalam manipulasi slip ini yang perlu diketahui oleh rakyat, kontrak tidak wujud, pinjam di kaitkan 'tumbuk rusuk'. Saya hanya menjelaskan ‘spin’ cerita negetif mahupun tokok tambah perbualan telefon RPK dan berasaskan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang di petik seperti dibawah amat terang menjelaskan maksudnya!

“The MACC says the A-G's Chambers has returned the investigation papers and no charges were brought against the two assemblymen.

“The MACC would like to announce that investigations on Sri Muda state assemblyman Mat Suhaimi Shafiei and Batu Caves state assemblyman Amirudin Shaari have been completed and (the investigation papers) handed over to the A-G’s Chambers,” the MACC said in a statement.


The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said today that it had completed investigations on the alleged sand theft syndicate in Selangor.


However, the Attorney-General’s (A-G) Chambers had returned the investigation papers and had recommended that no further action be taken on the case.”
 
Saya bukan seperti YB Khairi yang di tuduh melakukan ‘rasuah politik wang’ semasa pemilihan UMNO dan hanya ‘dibersihkan’ oleh Jawatankuasa parti sendiri sahaja bagi melayakkan bertanding Ketua Pemuda UMNO dan menang secara ‘meragukan’.  Apakah cukup hormat Pemuda UMNO pada SPRM dalam skandal rasuah politi wang Khairi Jamaluddin? SPRM pun di tegah menyiasatnya oleh pimpinan UMNO!

Dalam sidang akhbar saya juga, saya tidak menyebut sedemikian hanya sekadar memaklumkan dari apa yang saya difahamkan oleh pegawai SPRM sendiri. Hak mereka yang disasat membolehkan mereka bertanya dari masa ke samasa tentang hasil siasatan yang dibuat dan jika di tanya oleh orang ramai kita mempunyai hak untuk menjawapnya sekadar yang kita tahu.

Umum sewajarnya dimaklumkan bahawa saya telahpun disiasat sepenuhnya bersama YB Amirudin. Mereka mereka  yang namanya di sebutkan oleh RPK kesemuanya sudah di panggil untuk soal siasat jauh lebih awal, sebelum saya di siasat lagi. Kesemuanya disiasat berhari hari dan melaui proses biasa seperti mana orang biasa lain di saisat. Semua telefon individu terlibat di ambil dan semua mereka yang telah di soal siasat ‘masih terkeliru’ hingga kehari ini. 

Apakah YB Khairi di soal siasat seperti itu yang telah ‘membersihkan’ beliau dari rasuah politik wang?

Ketidakmatangan YB Khairi Jamaluddin yang telah lama dihidu Perdana Menteri semakin ketara apabila mengarahkan pula Ketua Pemuda UMNO Selangor yang ‘lurus bendul’ membuat laporan polis pada hari yang sama dan mahu melaporkan pada SPRM pada hari  isnin (13 Februari 2012) sedangkan kes yang dikaitkan dengan saya sudah pun selesai disasat SPRM. 

Lihatlah betapa tidak peka dan matangnya pimpinan Pemuda UMNO Malaysia, apatah lagi Pemuda UMNO Negeri Selangor. Membuat sesuatu tanpa menyiasat terlebih dahulu duduk perkara sebenar dan cerita ‘golongan munafik’ ini yang cuba disensasikan.

Apabila kes berkaitan kes ‘baja, benih padi, wang zakat yang disalah guna, mahligai besar di Shah Alam’ dan National Feedlot Corporation (NFC) yang jelas terdapat unsur jenayah rasuah tiada pula kelihatan pemuda UMNO bergegas ke balai membuat laporan polis apatah lagi laporan pada SPRM. Manakala kes yang sudah selesai disasat pula di buat laporan polis. Inilah ‘lawak jenaka’ Pemuda UMNO Malaysia.. Mereka tiada visi dan hala tuju sejak berketuakan Ahli Parlimen Rembau yang ‘sepatutnya’ menjadi Menteri.

Sungguh amat malang bagi UMNO mempunyai pemuda yang bukan sahaja tidak matang, bahkan juga ‘lulus bendul’. Tidak hairanlah Ungku Saleh yang ‘cacat fikiran’ selaku Ketua Pemuda UMNO Selangor, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid  ‘badan besar otak kecil’ dan “Pegawai Khas Baja kepada Dato’ Sri Noh Omar’ yang juga Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan di ambil supaya semua arahan Ketuanya akan dilaksanakan. Skrip yang dibaca oleh Sohaimi Shahdan juga jelas menunjukkan ‘hidungnya semakin besar dicucuk’. Mari kita semak apa kata Pemuda UMNO Selangor;

“Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Mohd Salleh Ungku Abdul Jamal dalam laporan polisnya berkata, di dalam blog tersebut terdapat pendedahan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam Selangor oleh dua Adun, yang merujuk kepada Adun Batu Caves Amiruddin Shari dan Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Katanya, isu ini harus dipandang serius memandangkan terdapat unsur jenayah rasuah dan berharap kes ini dapat disiasat secepat mungkin.

Semantara laporan kepada SPRM akan dikemukakan pihaknya Isnin ini…..”

Pengamatan saya samada Pemuda UMNO Selangor atau Puteri UMNO Selangor, tahap ‘lurus bendul’ mereka sama sahaja ‘bengkok’nya. Puteri UMNO Selangor yang ‘terpaksa dipimpin’ kerana amat mentah semasa timbul kes ‘derhaka’ dahulu juga mengeluarkan kenyataan ‘lurus melangkah bendul’ semata mata mahu dilahit senada dengan Pemuda. Walhal masa yang ada patut dimanafaatkan ‘membakar lemak’ supaya lebih berstamina pusing Selangor.

Kepada YB saudara Khairi Jamaluddin, saya sarankan agar saudara lebih peka dan faham sesuatu isu sebelum saudara mengulasnya. Semasa saya bertemu saudara di rumah Dato’ Sri Anwar Ibrahim (DSAI) takala saudara menyerahkan passport DSAI satu ketika dahulu, tafsiran saya pada saudara ialah, saudara antara pemimpin masa depan negara ini. 

Tetapi kini persoalan yang berlegar di fikiran saya adalah, berapa lama agaknya saudara akan mampu bertahan dalam dunia politik UMNO ini jika daya fikir saudara tak berubah? Dalam keadaan saudara di kelilingi oleh ‘badut yang lurus bendul’ dan tanpa para penasihat yang rapat dengan PM, cita cita saudara akan ‘mati meragan’ dan tidak kemana. Carilah masa berfikir halatuju politik saudara.

Persoalan yang paling ingin saya tanyakan pada saudara, layahkah saudara bercakap soal rasuah ini? Sudahkah saudara renungkan zaman saudara ‘di tingkat 4’ dahulu? Apa jadi dengan ECM Libra dahulu?

UMNO sudah hampir ke zaman penamat, tempoh hayat hanya berbaki dalam bilangan bulan, bukan lagi tahun! Masa akan menunjukan kebenaran akhirnya akan menang. Masa itu Khairi Jamaluddin akan di kenang dalam sebahagian kecil sejarah sebagai anak muda yang rakus dan antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang gagal menjadi menteri.


Sunday, February 12, 2012

Bekas Ketua Hakim Negara Dakwa Dr Mahathir Rampas Kebebasan Badan Kehakiman Malaysia

Bekas Ketua Hakim Negara Dakwa Dr Mahathir Rampas Kebebasan Badan Kehakiman Malaysia

KUALA LUMPUR -Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

"Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen," kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa "Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman."

Beliau menjelaskan situasi itu amat buruk kerana "Parlimen cuba mengarahkan badan kehakiman kerana ia adalah satu-satunya badan yang mempunyai kuasa kehakiman."
Tegasnya, "pindaan itu pada pandangan saya dalam cara yang landasan sebenar struktur asas perlembagaan persekutuan dari konsep kebebasan badan kehakiman kepada pergantungan badan kehakiman eksekutif untuk kuasa kehakimannya."

Badan kehakiman Malaysia bukan satu alat untuk digunapakai kerajaan untuk apa-apa jenis kepentingan politik, jelas Mohd Dzaiddin.

"Badan kehakiman sepatutnya bebas sepenuhnya kerana kedua-dua badan eksekutif dan badan perundangan," hakim yang bersara ini berkata semasa ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial hari ini.
Pada tahun 1988, President Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.
Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee juga berkata insiden tahun 1988 itu tidak seharusnya diulang.
"Saya rasakan kita tidak harus kembali ke hari-hari '88, kami tidak akan membenarkan seorang perdana menteri memecat hakim-hakim hanya kerana beliau membuat satu pengumuman kehakiman yang mana tidak menguntungkan bagi kerajaan hari ini, bahawa mesti tidak harus berulang lagi," katanya.

Lim turut berada sebagai panel dalam perbincangan berjudul "Empowering Liberal Democratic Insitutions" bersama dengan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar , dan Principle Research Fellow di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anis Yusal Yusoff.
Beliau menambah bahawa untuk kes-kes komersial, sistem kehakiman Malaysia cukup dipercayai bagi menangani kes-kes dari rantau itu.

"Tetapi ujian terakhir sudah pasti apabila ia datang kepada kes-kes sensitif dari segi politik atau kes-kes keagamaan dan bagaimana perjanjian Mahkamah Rayuan kita dengannya.
"Tentang hal itu, saya tetap memberi pandangan negatif kerana setakat ini kes-kes keagamaan, kes-kes penukaran agama terdapat satu ketakutan oleh Mahkamah Rayuan kita dalam membuat satu keputusan. Mereka kerap menangguhkan kes-kes kontroversi seperti krisis di Perak," katanya.

Pada hari Rabu, seorang panel hakim tiga lelaki dalam Mahkamah Rayuan memerintah yang hak-hak dan kebebasan bercakap memuliakan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak.
Hasilnya, kenyataan veteran DAP Karpal Singh pada satu sidang akhbar pada 2009, bahawa Sultan Perak boleh disaman, telah melintasi baris-baris sah dan bersifat hasutan, kata hakim.

"Untuk menjadi adil, kami mempunyai hakim-hakim sangat berani yang telah menhalang kerajaan untuk melakukan tindakan salah. Jadi untuk adil terdapat yang dalam perkataan Tun Dzaiddin 'ada hikmah di luar sana'," kata Lim. 

Oleh:Melissa Chi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 11, 2012

Probe on PKR duo over but no action taken

The MACC says the A-G's Chambers has returned the investigation papers and no charges were brought against the two assemblymen.

"The MACC would like to announce that investigations on Sri Muda state assemblyman Mat Suhaimi Shafiei and Batu Caves state assemblyman Amirudin Shaari have been completed and (the investigation papers) handed over to the A-G's Chambers," the MACC said in a statement.


The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said today that it had completed investigations on the alleged sand theft syndicate in Selangor.

However, the Attorney-General's (A-G) Chambers had returned the investigation papers and had recommended that no further action be taken on the case.

It is not clear why no charges were brought against any individuals, but it is understood that a meeting on Feb 23 with the Operations Review Panel (PPO) may disclose more information on the
investigations into the case.

The PPO is an independent group formed by several people appointed by the government to re-study and review the decision of the A-G.

"The MACC would like to announce that investigations on Sri Muda state assemblyman Mat Suhaimi Shafiei and Batu Caves state assemblyman Amirudin Shaari have been completed and (the investigation papers) handed over to the A-G's Chambers," the MACC said in a statement.

It added that the A-G's Chambers has studied the case and has returned it to the commission," it added.

Despite the A-G's decision not to proceed with the case, the MACC today indicated that it may not be the end of the story.

It said that investigation files will be handed over to the PPO.

Different course of action

Besides the sand theft case, other papers that would be submitted to the PPO include the National Feedlot Corporation (NFCorp) scandal and a case involving Abdul Arifffahmi Abdul Rahman, the son-in-law of Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat, who was implicated in alleged improper dealings of state subsidiaries.

The PPO members are specialists and professionals appointed by the government and the panel is chaired by Hadenan Abdul Jalil (a former auditor-general).

The seven-panel members are Cecil Abraham (solicitor and past deputy president of the Malaysian Institute of Arbitrators), Hamzah Kassim (IA Group CEO), Zamani Abdul Ghani (former special adviser and deputy Bank Negara governor, and current president of Bank Islam Malaysia Bhd), Aminah Pit Abdul Rahman (Amanah Raya Bhd independent non-executive director), Profesor Syed Noh Syed Ahmad (UiTM professor and expert in account forensics), Nik Mohd Hasyudeen Yusoff (Institut Akauntan Malaysia president), and Walter Sandosam (Audit and Assurance Standards Board member).

"MACC will submit these three cases – NFCorp, sand theft, and Abdul Arifffahmi – to the PPO in line with a set of terms of references, among them, to 'receive and study the report from the commission in relation to the investigation papers (on the three cases) returned by the A-G's Chambers'."

The PPO is empowered to recommend to the A-G a different course of action related to these cases.

The MACC reiterated that all information or complaints it received are investigated without fear or favour, and regardless of political leanings, position or power of those involved.

Free Malaysia today

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cabaran Shuhaimi dan Amiruddin kepada RPK
 
Shuhaimi bin Shafiei dan Amiruddin Shari | Feb 10, 2012 02:01:23 pm

Kongsi |
Saya merujuk kepada penulisan Raja Petra Kamaruddin bertajuk "The Selangor Sand Mining Scandal" di dalam laman webnya yang mempunyai banyak kesalahan fakta dan berniat amat jahat dengan memutar belitkan beberapa perkara untuk memberi gambaran saya dan Amiruddin terbabit dengan salahlaku rasuah.

Artikel beliau itu ditulis secara berhati-hati untuk memberi gambaran seperti berikut:


1. Bahawa saya dan Amiruddin Shari (gambar kanan) menubuhkan sebuah syarikat; atau terbabit dengan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd dengan tujuan mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) secara tidak sah;

2. Bahawa saya dan Amiruddin Shari adalah ahli politik yang makan rasuah dengan menuntut pelbagai bayaran dari Double Dignity (M) Sdn Bhd; dan
3. Bahawa saya dan Amiruddin Shari adalah dalang aktiviti kecurian pasir yang berlaku di Selangor pada ketika itu.

Penjelasan saya mengenai Double Dignity (M) Sdn Bhd bakal membuktikan bagaimana Raja Petra Kamaruddin hanya menggunakan beberapa insiden biasa dengan menyembunyikan perkara sebenar bertujuan untuk mencemar imej Pakatan Rakyat, Wakil Rakyat KEADILAN dan memfitnah saya serta Amiruddin Shari.

LATAR BELAKANG DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
•Saya mengenali En Adnan iaitu tuan punya Double Dignity (M) Sdn Bhd melalui seorang kenalan.  Kenalan tersebut mohon berjumpa dengan saya untuk memperkenalkan En Adnan kepada saya dalam bulan Januari 2009.
•En Adnan memperkenalkan Double Dignity (M) Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti perladangan kelapa sawit di Sabah.
•Saya menjelaskan secara tegas kepada beliau bahawa saya tidak punya kuasa untuk mempengaruhi apa-apa keputusan Kerajaan Negeri di Selangor.
•En Adnan memaklumkan bahawa Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak mempunyai rancangan untuk menjalankan aktiviti di Selangor dan mahu menumpukan aktiviti perladangannya di Sabah.
•Selepas pertemuan awal itu, saya tidaklah selalu berjumpa En Adnan seperti yang cuba digambarkan oleh Raja Petra Kamaruddin dan sebarang pertemuan adalah dalam tugasan saya sebagai wakil rakyat.

LANTIKAN KE LEMBAGA PENGARAH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD

•Menjelang Mei 2009, En Adnan menyatakan hasrat beliau untuk menjemput saya menganggotai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd.  Beliau menyebut bahawa syarikat tersebut berhasrat untuk membayar elaun ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan sebagai permulaan.
•Berikutan dari tawaran tersebut, saya ada meminta pegawai saya dan kenalan untuk menyemak latar belakang En Adnan, termasuklah memastikan bahawa beliau dan isteri beliau benar-benar duduk serumah untuk mengelakkan perangkap seperti yang berlaku di Perak.
•Semakan awal pegawai dan kenalan saya menunjukkan bahawa En Adnan dan isterinya serta seorang lagi rakannya adalah individu yang sah dan syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd benar-benar wujud.  Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat ini adalah anak saudara kepada seorang Wakil Rakyat dari UMNO.
•Oleh kerana bersangka baik dan hubungan atas dasar profesionalisme perniagaan, saya memberikan persetujuan untuk dilantik ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd bermula bulan Jun 2009.  Saya telah menyerahkan dokumen dan maklumat yang dimohon untuk menyempurnakan perlantikan tersebut dalam bulan Jun 2009.
•Saya tidak dimaklumkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bahawa perlantikan saya ke Lembaga Pengarahnya hanya disempurnakan pada 18 Januari 2010 seperti yang ditunjukkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia; bertepatan dengan tarikh 18 Januari 2010 dalam satu surat sokongan yang disiarkan oleh Raja Petra Kamaruddin.
•Gambaran yang cuba diberikan seolah-olah perlantikan saya ke Lembaga Pengarah adalah sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak pembersihan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah berniat jahat dan tidak tepat, kerana perlantikannya saya dibuat lebih awal.
•Menjelang September 2009, En Adnan menawarkan satu lagi jawatan ahli Lembaga Pengarah dan memohon bantuan saya mengenalpasti calon-calon yang bersesuaian.
•Saya memperkenalkan YB Amiruddin Shari dan selepas beberapa kali perbincangan, YB Amiruddin Shari bersetuju untuk turut dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd.
•Segala butiran yang diperlukan untuk menyempurnakan perlantikan YB Amiruddin Shari diberikan kepada Double Dignity (M) Sdn Bhd dalam bulan September 2009.

TUDUHAN PERMOHONAN KONTRAK PEMBERSIHAN PASIR OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD

•Raja Petra menuduh bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhd untuk menghantar permohonan membersihkan pasir kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd di dalam satu mesyuarat bertarikh 29 May 2009.
•Seterusnya beliau cuba bermain kata-kata dengan menyebut bahawa pada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd telah menghantar permohonan tersebut dan menyalinkannya kepada saya dan YB Amiruddin.
•Raja Petra juga menyebut bagaimana permohonan itu disertakan dengan surat sokongan dari YB Amiruddin Shari.
•Rekod Kumpulan Semesta Sdn Bhd menunjukkan bahawa:
1.Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah pun berdaftar dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sehingga ke hari ini (hanya syarikat yang berdaftar dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang layak membuat sebarang permohonan);
2.Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk apa-apa kerja pembersihan pasir dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd; dan
3.Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah diberikan apa-apa kerja pembersihan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn BHd.
•Maknanya, Raja Petra mereka-reka cerita dengan berniat buruk dan memberi gambaran bahawa penglibatan saya dengan Double Dignity (M) Sdn Bhd adalah bagi tujuan mendapatkan kontrak pembersihan pasir, sedangkan syarikat terbabit tidak pernah sekalipun terlibat dalam sebarang urusan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mahupun permohonan mencuci pasir di Selangor.
•Oleh yang demikian;
1.Tuduhan bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhd membuat permohonan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah satu pembohongan; dan
2.Tuduhan bahawa pada 18 Januari 2010, satu permohonan telah dibuat oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd juga satu pembohongan.
3.Perlu diketahui bahawa permohonan untuk mencuci muka sauk seperti dipohon dalam surat yang dikemukakan oleh Raja Petra seharusnya ditujukan kepada pihak yang menjaga kawasan terlibat iaitu PUAS bukannya Kumpulan Semesta.
•Jika dilihat kembali, tarikh 18 Januari 2010 dipilih sebagai tarikh penting dalam fitnah ini kerana ia adalah tarikh lantikan saya dan YB Amiruddin Shari ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd, walaupun butiran saya dan YB Amiruddin Shari telah diberikan jauh lebih awal dari itu.
•Tarikh 18 Januari 2010 juga ditulis dengan tangan oleh individu dari Double Dignity (M) Sdn Bhd pada surat sokongan dari YB Amiruddin Shari - bermakna ia dirancang sedemikian rupa untuk memfitnah kami.
•Malangnya, Raja Petra dan pihak yang mahu memfitnah saya terlupa untuk merekacipta satu permohonan palsu di Kumpulan Semesta Sdn Bhd agar dapat dipadankan dengan tarikh 18 Januari 2010 itu.

SURAT SOKONGAN KEPADA PERMOHONAN DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD


•Raja Petra menulis untuk memberi gambaran bahawa YB Amiruddin Shari mengeluarkan surat sokongan bagi mempengaruhi keputusan permohonan Double Dignity (M) Sdn Bhd mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir.
•YB Amiruddin Shari mengesahkan surat tersebut dikeluarkan tetapi dengan syarat ketat bahawa ia perlu mematuhi prosedur dan tata kerja yang ditetapkan, sebagai isyarat kepada mana-mana pihak yang ditunjukkan surat itu supaya mematuhi semua peraturan.
•Oleh kerana syarat tersebut ditetapkan, ia tidak mempunyai apa-apa kesan untuk mempengaruhi apa-apa keputusan.
•Pun begitu, sebagai wakil rakyat telah menjadi kebiasaan orang ramai datang mendapatkan surat sokongan bagi pelbagai tujuan.  Apabila bertepatan dengan tugas seorang wakil rakyat dan tidak melanggar peraturan (melalui syarat yang jelas yang ditulis di dalam surat sokongan), ada waktunya surat sokongan sedemikian rupa dikeluarkan.
•Bezanya dengan surat sokongan yang menjadi amalan Barisan Nasionalialah wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak campur tangan dan tidak menghubungi pegawai yang berkenaan untuk mengenakan tekanan dan mempengaruhi keputusan.
•Dalam kes Double Dignity (M) Sdn Bhd ini, permohonan pun tidak pernah dibuat kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd - maka tidak ada sebarang salahguna kuasa mahupun penyelewengan.
•Walau bagaimana pun, saya dan YB Amiruddin Shari mengakui bahawa tindakan mengeluarkan surat sokongan perlu lebih perhatian dan wajar dihentikan sama sekali memandangkan ia boleh dijadikan perangkap untuk memfitnah Pakatan Rakyat, seperti yang berlaku dalam kes ini.

BAYARAN OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD

•Artikel Raja Petra cuba memberi gambaran bahawa saya memeras ugut dan menuntut bayaran yang berterusan dan melampaui batas dari Double Dignity (M) Sdn Bhd.
•Hakikatnya, urusan saya dan YB Amiruddin Shari dengan Double Dignity (M) Sdn Bhd adalah hubungan profesional dalam kapasiti saya dan beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah.
•Bayaran-bayaran yang disebut oleh Raja Petra sebahagian besarnya adalah elaun ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan seperti yang ditawarkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd.
•Saya senaraikan setiap pembayaran dan pembohongan Raja Petra seperti berikut:

15 Ogos 2009
Jumlah: RM3,000
Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009

25 Ogos 2009
Jumlah: RM2,000
Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009

9 September 2009

Jumlah: RM10,000
Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Julai danOgos 2009.  Tuduhan bahawa saya menuntut dan menerima bayaran RM35,000 pada tarikh tersebut adalah pembohongan semata-mata.
Tuduhan bahawa saya menuntut bayaran untuk menampung perbelanjaan aktiviti Ramadhan juga adalah pembohongan semata-mata.

16 dan 17 September 2009
Jumlah: RM5,000
Tuduhan bahawa saya mengarahkan En Adnan mengadakan satu majlis buka puasa adalah satu pembohongan.
Saya dan YB Amiruddin Shari dijemput menghadiri majlis buka puasa syarikat, atas kapasiti saya sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat.
Bayaran yang diberikan sebanyak RM5,000 adalah elaun Lembaga Pengarah bagi bulan September 2009 yang dibayar awal.  En Adnan menyatakan pembayaran bagi bulan Septemberdibuat awal memandangkan beliau tidak akan ada di Kuala Lumpur semasa hujung bulan kerana pulang beraya di kampung

30 September 2009
Jumlah: RM10,000
Saya mengesahkan bahawa saya ada memohon sumbangan derma kepada aktiviti jamuan raya yang diadakan di kawasan saya dari En Adnan. Di peringkat awal beliau yang menawarkan membantu kerana kami adalah rakan perniagaan bersama.
Saya juga mengesahkan bahawa saya ada menerima RM10,000 bagi tujuan tersebut melalui pegawai pejabat saya.

5 Januari 2010

Jumlah: 50,000
Ini adalah pembohongan paling besar yang cuba memutar belitkan keadaan sebenar untuk memfitnah saya.
Seorang kenalan saya (tidak dinamakan untuk menjaga aib beliau, dirujuk sebagai A), menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan meminjam wang bagi menjelaskan bayaran beliau pada kontraktor yang mengubahsuai pusat asuhan beliau. Beliau sedang ubahsuai pejabat dalam usaha membuka sebuah pusat Smartreader di Kota Damansara pada ketika itu.

Saya ada menanyakan beberapa orang rakan yang lain untuk meminjamkan wang RM50,000 yang diperlukan bagi pihaknya sementara pinjaman rakan A diluluskan oleh PNS.

Akhirnya saya bertanya rakan niaga iaitu, En.Adnan yang bersetuju memberikan pinjaman tersebut.

Walau bagaimana pun, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu dan A memerlukan wang dengan segera untuk membayar kontraktor yang sedang mengubahsuai pusat Smartreadernya iaitu kontraktor bernama Smart Renovators Sdn Bhd.

Oleh sebab itulah, saya memohon supaya wang RM50,000 dimasukkan ke dalam akaun seorang lagi rakan saya iaitu Ashmali dan isterinya Puan Norlela untuk diuruskan.  Oleh kerana saya menjamin pinjaman tersebut, saya tidak mahu menyerahkan keseluruhan RM50,000 kepada A dan mahukan bayaran dibuat terus kepada kontraktor, agar wang tidak diselewengkan kegunaannya.

Puan Norlela membantu saya menguruskan pemindahan wang tersebut seperti berikut:
RM27,500 dibayar terus dalam bentuk cek bankkepada kontraktor
RM12,500 dibayar terus dalam bentuk cek kepada rakan kongsi A, iaitu Puan Farah
Kesemua cek dan baki RM10,000 diserahkan oleh Puan Norlela kepada Azmin Karim iaitu Pegawai Khas Pejabat saya, bagi pihak sayayang kemudiannya disampaikan kepada A.

Tidak ada satu sen pun dari wang tersebut yang diberikan kepada saya, ia adalah satu urusan berhutang peribadi biasa di antara seorang ahli perniagaan kepada seorang rakan yang lain.

Saya hanyalah peminjam dan penjamin yang menjadi orang tengah dan kini menjadi mangsa fitnah apabila urusan peribadi ini diputar belitkan.

Dalam perkara ini kesemua rakan saya turut menjadi mangsa keadaan yang diputarbelitkan dan saya amat simpati dengan mereka yang tertarik bersama dalam "permainan" ini.

•Oleh yang demikian, selain dari sumbangan bagi jamuan hari raya berjumlah RM10,000 pada 30 September 2009 – semua bayaran yang dibuat kepada saya adalah dalam kapasiti saya sebagai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd.
•Sepanjang penglibatan saya dan YB Amiruddin Shari di dalam Double Dignity (M) Sdn Bhd, saya hanya menerima 6 kali pembayaran elaun iaitu bagi tempoh Jun hingga Disember 2009. YB Amiruddin pula menerima 3 kali iaitu bagi tempoh Oktober hingga Disember 2009.
•Ia langsung tidak ada kena mengena dengan sebarang bayaran bagi tujuan mendapatkan kontrak atau pun tuntutan bayaran bagi perbelanjaan saya seperti yang dituduh Raja Petra.

PERBUALAN TELEFON DAN CUBAAN MENGAITKAN YB AZMIN ALI
•Saya menafikan perbualan telefon yang disiarkan oleh Raja Petra.  Saya yakin seperti juga pembohongan yang dibuat mengenai permohonan kontrak oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd yang tidak wujud dan bayaran-bayaran yang tidak wujud, perbualan telefon itu juga adalah rekaan putar belit dialog yang diselang-seli dengan perbualan sebenar yang di mungkin di rakam
•Saya juga mengecam sekeras-kerasnya cubaan untuk mengaitkan fitnah ini dengan YB Azmin Ali kerana beliau langsung tidak terbabit di dalam perkara ini.
•Saya mengesyaki bahawa pihak yang mendalangi fitnah ini terkeliru dengan Azmin Karim, iaitu pegawai saya yang banyak menjalankan tugas bagi pihak saya.

Kesimpulannya, Raja Petra menulis artikel tersebut dengan niat jahat untuk memberikan gambaran buruk sedangkan realitinya adalah berlainan sekali.

Saya yakin beliau kini bersekongkol dengan anasir-anasir Barisan Nasional yang cuba mengalihkan perhatian dari skandal NFC yang semakin memuncak.  Harapan mereka dengan menimbulkan fitnah sebegini, ia menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan rakyat kepada mana-mana parti politik Pakatan Rakyat.

Saya juga ingin menyebut bahawa kes ini telah disiasat sepenuhnya oleh SPRM dan sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan lanjut.  Saya menceritakan kesemua perkara di atas semasa saya di siasat SPRM pada Julai 2010 lepas.  Saya juga dimaklumkan secara peribadi oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa tuduhan ini tidak benar dan tidak melibatkan salahguna kuasa.

Ini bukanlah kali pertama Barisan Nasional dan mereka yang bersekongkol seperti Raja Petra mengambil beberapa insiden dan diputar belitkan untuk memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor.  Saya dan YB Amiruddin Shari bernasib baik kerana kami masih hidup dan tidak menerima nasib yang menimpa mendiang Teoh Beng Hock, yang turut dijadikan mangsa sebegini semata-mata untuk memfitnah Pakatan Rakyat.

Akhir sekali, cabaran saya dan YB Amiruddin Shari kepada Barisan Nasional dan Raja Petra - kalau benarlah saya dan YB Amiruddin Shari telah melakukan salahguna kuasa, menuntut bayaran untuk mempengaruhi keputusan dan sebagainya - sila senaraikan segala keputusan yang telah dipengaruhi termasuklah kawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskanbagi kepentingan peribadi kami.  Nyatakan kawasan mana sebagai dorongan bagi setiap bayaran yang dilakukan jika benar berlakunya salahguna kuasa.

Tuduhan yang hendak dibuat perlulah mempunyai bukti yang kukuh, seperti mana yang dibawa oleh KEADILAN dalam kes NFC.  Jika tidak, ini hanyalah satu lagi fitnah bersiri untuk menggoyang keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

*Kenyataan media oleh Shuhaimi bin Shafiei (ADUN Sri Muda, gambar kiri) bersama Amiruddin Shari (ADUN Batu Caves). Kenyataan ini dipetik dari blog DUN Sri Muda.