LAHAD DATU – Masalah kebanjiran warga asing di sekitar kawasan Lahad Datu bukan sesuatu perkara yang baru.
Bagi penduduk di daerah itu, kisah warga asing yang menjadi ‘raja’ tepi jalan dan kaki lima adalah fenomena biasa yang dapat dilihat sejak sekian lama.
Tinjauan di sekitar kawasan Pekan Lahad Datu semalam mendapati tidak kurang 200 penjaja tanpa lesen mendominasi kawasan kaki lima sekitar Pasar Rakyat Lahad Datu.
Kebanyakan mereka menjual sayur-sayuran, barangan kering malah ada juga yang menjual rokok dan barangan keperluan harian yang lain.
Hasil pemerhatian selama lebih sejam di kawasan berkenaan mendapati mereka sebahagian besarnya tidak fasih berbahasa melayu menguatkan bukti bahawa mereka ini bukanlah rakyat Malaysia .
Kami mendekati seorang wanita berusia awal 50an yang menjual barangan keperluan termasuk ubat-ubatan antaranya ubat perangsang seks.
Wanita itu pada mulanya enggan ditembual akhirnya mengaku berniaga tanpa lesen di kaki lima hadapan pasar sejak tiga tahun yang lalu.
Dia ada menjual rokok tanpa cukai dan ubat seks yang diimport dari Indonesia tanpa ada sebarang pelekat ataupun tertera kebenaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Malah ketika ditembual, dia berasa tidak rasa senang meskipun kami sudah membeli barangan yang dijual.
Akhirnya wanita separuh abad itu mengaku tidak mempunyai sebarang dokumen untuk berniaga di kawasan berkenaan dan meminta maaf kerana terpaksa berbohong demi menutup kesalahan kerana merasakan seolah-olah kami adalah pihak berkuasa.
Kami berjalan dan mendekati seorang lagi pemuda berusia awal 20an yang menjual barangan wanita antaranya sepit dan pengikat rambut dan barangan keperluan diri berhampiran pasar ikan.
Sebaik tersedar kamera kami merakamkan gerak-gerinya, lelaki itu tiba-tiba bercakap dalam bahasa yang kami tidak fahami. Rupa-rupanya setelah diselidiki dia berbahasa Sulu!
Pemandu kami yang merupakan anak tempatan Sabah memberitahu bahawa lelaki itu berkemungkinan memberi isyarat kepada rakan-rakannya lain supaya berjaga-jaga.
Bukan setakat itu,kami juga disorak sepanjang tinjauan ini dilakukan seolah mereka tidak senang gambar mereka dirakamkan.
Peniaga tempatan tidak senang
Kami memasuki kawasan bangunan pasar ikan berusia 50 tahun. Di situ kami melihat ramai peniaga menjual pelbagai jenis ikan. Perniagaan masih rancak meskipun hari sudah petang,ini kerana jika di bandar besar seperti Kuala Lumpur ,pasar basah seperti itu kebiasaan sudah lenggang kerana lazimnya orang suka ke pasar pada waktu pagi.
Ketika sedang leka melihat beraneka jenis ikan yang dijual, seorang peniaga menawarkan untuk gambarnya diambil.
Peniaga itu memperkenalkan diri sebagai Am berusia 30 tahun, anak jati Lahad Datu. Kami sempat bertanya tentang situasi penjaja tanpa lesen diluar.
“Abang,mereka sudah lama di sini,memang tidak boleh buat apa-apa,kami terpaksa terima hakikat mereka (penjaja haram) berniaga diluar dan kami berniaga di dalam.
“Kalau operasi dibuat sekalipun jika ditangkap, tidak lama kemudian mereka akan kembali berniaga di sini,bukan kami boleh buat apapun,”katanya dalam nada yang agak marah.
Tambahnya ,penjaja kaki lima juga turut mewujudkan persaingan apabila menjual barangan jauh lebih murah dari harga pasaran dan tindakan itu sekaligus menutup periuk nasi warga tempatan.
An mengakui memang sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan kerana penjaja-penjaja bijak menghidu kehadiran pihak berkuasa. Kami kemudiannya keluar dari kawasan itu selepas beropu
Orang ramai bimbang
Penduduk yang ditemui menyifatkan kebanjiran warga asing dari Flipina terutama di kawasan felda juga membimbangkan.
Japrun Jaafar,49, berkata, penjaja kaki lima ini memang budaya mereka.
“Kami penduduk felda sudah lali dengan kehadiran mereka, Hendak cakap macam mana lagi.Kalau ditegur kita pula yang dimarahinya,”katanya
Menurutnya hubungan kekeluargaan juga diakui menjadi punca mereka membanjiri kawasan pecan di felda dan pekan Lahad Datu.
Namun bagi Joani Abdul Samat,49, berharap hanya tindakan tegas dari pihak berkuasa mampu membanteras kehadiran warga asing yang ramai di Sabah khususnya.
“Kami hampir dengan negara jiran,mereka bebas masuk dan keluar tanpa dokumen ,harap selepas krisis pencerobohan yang berlaku di daerah ini boleh mengubah cara pihak berkuasa keselamatan bertindak,”katanya.
Difahamkan selain berbangsa Sulu,pendatang asing tanpa izin berketurunan Bugis,Bajau Pilau,dan Bajau Sibutu.
Polis sentiasa pantau
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsuddin Mat ketika ditemui memberitahu peratusan jenayah melibatkan warga asing tidak membimbangkan.
Walau bagaimanapun pihaknya sentiasa memantau keadaan itu lebih-lebih selepas krisis pencerobohan pengganas berlaku sebelum ini.
“Polis melalui gabungan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Eszon) sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan yang lain memastikan kehadiran mereka dikawal.
“Lazimnya jika mereka terlibat dengan jenayah kita akan kenal pasti dan tangkap dam untuk yang tiada dokumen ketika akan dikenakan tindakan dibawah Akta Imigresen,”katanya
Jelasnya,kebanyakan warga asing tanpa dokumen ini dikesan terlibat dengan kegiatan curi motorsikal dan pecah kenderaan .
Malah katanya Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing Sabah (RCI) juga masih berjalan dan mana-mana yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal
sinarharian
No comments:
Post a Comment