Loading...

Monday, November 16, 2009

JALAN PENYELESAIKAN KEPADA MASALAH BANJIR DI CARI.

SRI MUDA - Masalah banjir yang masih membelenggu penduduk di sekitar Dun Sri Muda telah mendorong Shuhaimi HJ Shafiei mencari jalan bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah tersebut dari berterusan.Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei telah melakukan tinjauan ke Kampung Johan Setia yang sering mengalami kejadian banjir setiap kali berlakukannya hujan yang lebat.Dalam tinjau tersebut dapat dilihat dengan jelas bagaimana aliran peparitan yang tidak diselenggarakan yang mana dipenuhi rumput yang sama paras dengan paras jalan.

Dalam tinjauan tersebut juga Shuhaimi Shafiei telah menjemput pihak JPS Daerah Klang untuk bersama - sama meninjau permasalah tersebut agar dapat diambil tindakan dengan kadar yang segera memandangkan musim tenkujuh yang ketika ini sedang melanda Malaysia.


Shuhaimi HJ Shafiei dalam keadaan yang hampa melihat anak sungai yang dipenuhi rumput di Kampung Johan Setia.

Haruskah mereka - mereka ini akan berterusan menhadapinya apabila hujan turun dengan lebatnya di Kampung Mereka.


Shuhai Hj Shafie bersama - sama pegawai Jabatab Parit dan Saliran Daerah Klang ketika meninjau Sistem peparitan yang sedang dinaik taraf untuk memastikan aliran air dapat mengalir dengan lancar apabila tiba musim tengkujuh.
Mungkin dengan menaik taraf peparit disekitaran Kampung Johan Setia dapat mengatasi masalah banjir.
Shuhaimi Hj Shafiei begitu mengharapkan agar pihak JPS dapat segera membersihkan sistem peparitan dikampung Johan Setia yang kesemuanya dipenuhi dengan rumput rampai.








No comments: