Tuesday, November 10, 2009

SUMBANGAN RAMADHAN DAN AIDIL FITRI KEPADA MASJID DAN SURAU SEKITAR DUN SRI MUDA

SRI MUDA - Bersempena kehadiran bulan ramadhan dan aidil fitri YB Shuhaimi Hj Shafiei melalui Pejabat Pusat Khidmat Rakyat telah mengaturkan majlis perjumpaan dan penyerahan sumbangan kepada Nazir serta wakil dari surau dan masjid yang terdapat dikawasan Dun Sri Muda.Sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu pihak surau dan masjid untuk melaksanakan sebarang aktiviti untuk penduduk sekitar.

Shuhaimi Hj Shafiei dalam ucapannya menyentuh betapa pentingnya keberkesanan pengurusan masjid untuk menjalankan sebarang bentuk aktiviti yang dapat melibatkan penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik serta kaum.Kerana dengan cara yang demikian ia dapat menghakis pandangan mereka - mereka yang bukan beragama islam bahawa islam itu adil untuk semua kaum tanpa mengira AGAMA.


Shuhaimi Hj Shafiei menyerahkan cenderahati kepada wakil Surau Ar - Rahman Jalan Kebun

Dibahu mereka - mereka inilah yang diberikan amanah untuk menjadikan masjid dan surau sebagai pusat menyatu padukan rakyat setempat.


Shuhaimi Hj Shafiei mengabadikan gambar kenang - kenangan bersama - sama sebahagian Nazir Masjid serta wakil dari surau sekitar kawasan Dun Sri Muda.
Ketika sidang meja bulat untuk membincangkan pelbagai perkara yang berbangkit demi kebaikan bersama.




No comments: