Loading...

Wednesday, November 25, 2009

SELPROA tolak kepimpinan Najib

| Nov 25, 2009 07:12:35 pm

Kami, sekumpulan pembantu-pembantu politik Pakatan Rakyat Selangor, masih memperingati tragedi rakan seperjuangan kami mendiang Teoh Beng Hock yang dijumpai mati semasa dalam siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Inspirasi daripada Beng Hock, seorang yang aktif di dalam kesatuan wartawan-wartawan sebelum menyertai Kerajaan Negeri Selangor, kami telah menubuhkan Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA) yang mana berdiri teguh dalam melindungi keselamatan, hak-hak manusia dan kebajikan semua pembantu-pembantu politik Pakatan Rakyat di Selangor.

Kami tidak akan membenarkan kematian yang kedua akibat daripada penganiayaan politik terus berlaku, dan kami bersatu demi mereka yang tidak berkuasa (powerless) untuk berdepan dengan regim Perdana Menteri Najib Razak yang menggunakan pintu belakang dan cara tidak demokratik untuk menyelamat kuasa.

Oleh itu kami mengecam sekeras-kerasnya dan menolak keputusan Peguam Negara untuk mencabar pekeliling Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang melarang pegawai kerajaan daripada memberi kenyataan-kenyataan kepada SPRM selepas waktu pejabat.

Kami amat terkejut oleh permohonan Peguam Negara kerana ini merupakan satu penafian ke atas hak-hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk berkerja dalam satu persekitaran yang selamat dan terjamin. Tindakan ini juga menunjukkan tiadanya kebebasan dan kelihatan Peguam Negara bertindak bagi pihak SPRM.

Kami berpegang bahawa Najib (gambar kiri) paling bertanggungjawab di bawah Perlembagaan Persekutuanhak asasi orang ramai, yang termasuk hak untuk satu persekitaran yang selamat. Najib sebagai Perdana Menteri gagal bagi memastikan keselamatan Beng Hock, dan juga berkomplot dengan Peguam Negara untuk membatalkan pekeliling yang pastinya akan membahayakan nyawa kita dalam percubaan tidak bermaruah untuk menumbangkan Kerajaan Selangor. untuk melindungi

Kami menyeru kepada Peguam Negara untuk menarik balik permohonan pembatalan pekeliling Menteri Besar dengan serta merta untuk menjamin keselamatan dan hak-hak pembantu politik. Kami menyokong sepenuhnya pekeliling Menteri Besar dan menghargai usaha bersepadu oleh Pakatan Rakyat dalam memastikan keselamatan semua pembantu politik.

Peguam Negara sepatutnya mendokong keputusan yang telah dibuat oleh Hakim mahkamah Tinggi Mohd Ariff Mohd Yusof pada Nov 19, 2009 yang menyatakan bahawa SPRM tidak boleh menyoal saksi selepas waktu pejabat. Pihak MACC perlu meminta maaf kepada Beng Hock, Tan Boon Wah dan mereka yang telah disoal siasat selepas waktu pejabat dan membayar gantirugi untuk segala kerugian yang mereka dan keluarga mereka alami akibat tindakan MACC yang tidak bertanggungjawab itu.

Akhir sekali, kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja dengan segera yang ditugaskan khusus untuk menyiasat kematian Beng Hock. Kami percaya ini merupakan satu-satunya penyelesaian untuk mendapatkan keadilan untuk Beng Hock, rakan seperjuangan kita yang dalam kenangan kita semua.

*Kenyataan media oleh Abdul Razak Bin Ismail selaku Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA).

**SELPROA telah ditubuhkan pada bulan November 2009 untuk melindungi keselamatan, hak asasi kemanusiaan, dan kebajikan pembantu politik. Sekarang kami mempunyai 85 orang ahli yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada pejabat ADUN dan pejabat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor. Persatuan ini telah diiktiraf oleh Menteri Besar Selangor.

No comments: