Tuesday, November 10, 2009

SAMBUTAN AIDIL FITRI DAN PERASMIAN PEJABAT BANDACAHAYA

SRI MUDA - YB Shuhaimi Hj Shafiei telah diberikan penghormatan oleh pemaju perumahan yang terkenal iaitu Bandacahaya untuk merasmikan pejabat serta acara simbolik penganugerah kecermelangan yang baru diterima oleh syarikat pemaju tersebut baru - baru ini.Majlis yang dilangsungkan serentak dengan sambutan aidil fitri tersebut telah memberikan ruang dan kesempatan kepada Shuhaimi Hj Shafiei untuk bertemu dengan lebih dekat kakitangan yang berkhidmat di syarikat tersebut.Pada majlis tersebut juga Shuhaimi Hj Shafiei juga melahirkan rasa terharu beliau kepada Syarikat Bandacahaya kerana kesungguhan syarikat tersebut melakukan kerja - kerja amal.
Shuhaimi Hj Shafiei ketika ucapan perasmian di pejabat Bandacahaya baru - baru ini.

Acara perasmian simbolik anugerah kecemerlangan yang diperolehi syarikat Bandacahaya

Shuhaimi Hj Shafiei memerhatikan bunting antara anugerah yang diterima oleh Syarikat Bandacahaya

Antara piala serta medal anugerah yang diterima Bandacahaya.
Tanda Bagus dan kebanggaan dapat dilihat antara Shuhaimi Hj Shafiei bersama - sama kakitangan Bandacahaya.










No comments: