Monday, November 2, 2009

SEMANGAT GOTONG ROYONG DIPUJI UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS JAMUAN AIDIL FITRI DI JALAN KEBUN : YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI

SRI MUDA - Shuhaimi Hj Shafiei memuji semangat yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Jalan Kebun yang telah menyediakan sebahagiam makanan untuk majlis jamuan Aidil Fitri ajuran Mpp Zon 11,JKKK dan Masjid AL Naim secara gotong royong.Beliau menyatakan demikian ketika hadir kemajlis Aidil Fitri pada malam tersebut dan beliau juga melahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk kampung Jalan Kebun kerana sentiasa memberikan sokongan serta kerjasama yang erat sepanjang perkhidmatan beliau.



Shuhaimi Hj Shafiei ketika menyampaikan ucapan pada majlis Aidil Fitri Peringkat Jalan Kebun



Pengurusi MPP Zon 11,En Norhalim Sirome turut membantu membuat persiapan.

Roti canai antara menu utama yang disediakan secara gotong royong oleh penduduk setempat.



No comments: