Tuesday, November 17, 2009

KRUSUS CELIK IT UNTUK PEMIMPIN AKAR UMBI

SRI MUDA - Mengambil kira betapa pentingnya penguasaan dalam bidang IT dikalangan pemimpin diperingkat akar umbi telah mendorong YB Shuhaimi Hj Shafiei menganjurkan krusus celik IT kepada mereka.Baru - baru ini dalam suasana yang cukup santai satu krusus celik IT telah berlangsung dengan jayanya.Krusus yang dihadiri hampir kesemua pemimpin disemua peringkat JDM telah memberikan peluang yang cukup berharga kepada peserta krusus untuk mendalami pengetahuan didalam bidang IT kerana suasana politik yang berbeza ketika ini memerlukan setiap pemimpin disemua peringkat mengetahui bidang IT.

Krusus pada hari tersebut telah diserikan dengan perasmian penutup oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei yang mana memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada segala bentuk usaha untuk memantapkan lagi kepimpinan diperingkat akar umbi dimasa yang akan datang.










No comments: