Wednesday, November 18, 2009

SEKITAR KAWASAN DUN SRI MUDA DILANDA BANJIR LAGI..

SRI MUDA - Hujan lebat yang berlarutan hampir 1 jam telah mengakibatkan banjir disekitar kawasan Dun Sri Muda.Antara kawasan yang dinaiki air adalah di Kampung Jalan Kebun, Kampung Sri Nadi Johan Setia,Kampung Batu 8 Bukit Kemuning serta beberapa Taman perumahan sekitarnya.Antara faktor yang dikenal pasti adalah kerana jumlah hujan yang turun dalam jumlah yang banyak serta sistem peparitan yang tidak diselenggarakan dengan begitu baik yang dapat dilihat parit dan anak sungai dipenuhi dengan rumput yang begitu tebal menyukarkan pengaliran air.
Shuhaimi Hj Shafiei selaku Adun Dikawasan tersebut melahirkan rasa dukacita kerana biarpun telah berulangkali permasalah tersebut dibangkitkan namun tindakan yang diambil oleh pihak - pihak yang berkenaan begitu perlahan.Shuhaimi Hj Shafiei begitu mengharapkan agar pihak berwajip dapat mengambil tindakan dengan kadar yang segera antaranya membersih dan mendalamkan sistem peparitan dikawasan yang dikenal pasti agar penduduk tidak akan berulangkali melalui musibah yang sama.









No comments: