SRI MUDA - Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini berkesempatan untuk melawat ke kawasan tanaman padi serta bertemu dengan para penanam padi.Beliau sebenarnya telah mengiringi Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Hj Yaakop Sapari yang mana sebenarnya untuk meninjau kawasan tanaman padi dan bertemu dengan mereka - mereka yang terlibat mengusahakan tanaman padi yang bertujuan untuk bertanya khabar serta permasalah yang sering dihadapi oleh para petani.Kerana dengan bertemu secara terus dengan petani ia dapat mengetahui setiap permasalah yang timbul yang perlu diberikan perihatian yang sewajarnya dari kerajaan negeri.
Hj Yaakop Sapari dan Shuhaimi Hj Shafiei dibawa untuk melawat kawasan tanaman padi untuk meninjau dengan lebih dekat permasalah yang berlaku.
Hj Yaakop Sapari memberikan buah fikiran bagaimana untuk mempertingkatkan lagi hasil pengeluaran sambil bdiperhatikan dengan penuh minat oleh Shuhaimi Hj Shafiei.
No comments:
Post a Comment