Loading...

Wednesday, November 18, 2009

MASALAH BEKALAN AIR DI GOLDEN VILLA DI ATASI

SRI MUDA - Ketika sidang Dun sedang berlangsung di SUK YB Shuhaimi Hj Shafiei masih mampu untuk menghadiri satu perbincangan diantara pihak Syabas serta JMB apartment golden Villa.Pihak Syabas telah mengambil tindakan dengan memotong bekalan air di apartment tersebut memandangkan tungakkan bil air yang terlalu tinggi serta tidak dijelaskan oleh pihak JMB.Dalam perbincangan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei telah dimaklumkan permasalah tersebut timbul disebabkan oleh kegagalan pihak pemaju terdahulu menjelaskan bil air yang tertunggak.Namun pada perbincangan tersebut akhirnya satu persetujuan dapat dicapai diantara pihak Syabas,JMB serta Adun Shuhaimi Hj Shafiei yang bekalan air dapat disambung pada hari tersebut setelah pihak JMB menjelaskan sebahagian bil yang tertunggak.

Turut hadir pada perjumpaan tersebut adalah YB Dr Hajah Siti Mariah serta Ahli Majlis MPK Sdr Azmizam Damahuri juga beberapa Wakil Penduduk yang mana dapat mendengar sendiri apakah punca bekalan air di kediaman mereka dipotong oleh pihak Syabas.






No comments: