Thursday, November 11, 2010

Adun BN tidak Profesional- Shuhaimi Shafie

Thursday, 11 November 2010 | Ruangan: Berita

Shuhaimi Shafie

SHAH ALAM, 11 Nov - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie kesal dengan sikap tidak profesional sesetenggah Adun Barisan Nasional (BN) sehingga menimbulkan situasi ketegangan dan menghina dewan.

Menurut Shuhaimi, inilah sikap mentaliti kebanyakkan ahli dewan yang diwakili BN berbahas dan berucap secara tidak rasional sehingga menimbulkan ketegangan dalam dewan.

“Seharusnya kita ahli dewan kita harus memikirkan perkataan dalam hujah yang sesuai untuk digunapakai sebab dalam dewan sesuatu yang diucapkan haruslah berlandaskan fakta, mengeluarkan fakta atau hentam keromo dan mengeluarkan kenyataan berniat jahat yang membawa maksud tersembunyi,” katanya dipetik dari TVS bagi mengulas tindakan Adun Batang Kali yang mengeluarkan kenyataan kesat menuduh Parti Islam Malaysia (PAS) adalah sebuah parti sesat, semalam.

Selain mengeluarkan kenyataan kesat, beliau enggan menarik balik kenyataan sebaliknya bertindak keluar dewan.

“Apa yang kita lihat tadi adalah sikap pengecut Adun-Adun daripada pembangkang itu bukan sahaja tuduhan yang tidak berasas tetapi satu tuduhan berat,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai pemimpin yang berlatar belakangkan Islam seharusnya mempamerkan peribadi mulia bukannya menimbulkan ketegangan dan melabel sesebuah parti sesat apatah lagi parti yang dituduhnya itu adalah sebuah parti yang berpaksikan Islam.

“Jadi saya minta beliau memohon maaf esok dalam dewan kerana perkataan yang dikeluarkan itu dengan menuduh PAS sebuah parti sesat adalah satu kenyataan yang amat dikesali kerana kalau kita ada perbezaan hanya dari segi politik bukan daripada perbezaan beragama,” katanya.

No comments: