Noh Omar diingatkan tak jaga tepi kain | |||
|
"Kenyataan Noh adalah palsu dan berbentuk provokatif yang bertujuan memburuk-burukkan imej kerajaan negeri,” kata ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei pada sidang media di dewan undangan negeri hari ini.

"Jika dia mahu tumpuan PM supaya dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, banyak cara lain untuk berbuat demikian,” kata Shuhaimi.
“Tak perlu ambil kesempatan seperti ini. Nasihat saya jangan menangguk di air keruh.

"Beliau masih belum jawap berhubung masalah pengagihan baja kepada petani di selutuh negara,” kata Suhaimi.

Beberapa hari lalu, Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran yayasan itu kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi.

Tindakan itu bagi memastikan siasatan terhadap perbelanjaan mewah bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu dilakukan dengan cepat dan bebas.
Dalam pada itu, Khalid hari ini menafikan dakwaan RM800,000 telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor untuk majlis makan tengah hari itu.
Tegasnya kos majlis itu masih kekal RM300,000 sebagaimana dimaklumkan sebelum ini."Angka yang diberikan kepada saya hanya RM300,000," kata Khalid kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
"Biar beliau (Noh Omar) tampil dan menjelaskan (angka RM800,000)," kata beliau.
No comments:
Post a Comment