Sunday, November 28, 2010

Gesaan Dr Syed Husin penting untuk hadapi PRU-13 – Azmin

Friday, 26 November 2010 | Ruangan: Berita

PETALING JAYA, 26 Nov – Gesaan dan pandangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Dr Syed Husin Ali terhadap peranan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sangat penting dalam usaha memperkukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata Dr Syed Husin sebagai pemimpin lama memahami denyut nadi rakyat yang perlu digalas pimpinan yang muda di dalam wanita dan AMK.

“Saya kira teguran yan dibuat itu adalah teguran yang membina dan saya yakin AMK dan Wanita akan menerima teguran ini demi kekuatan parti di masa yang akan datang,” ujar beliau.

Sementara itu, Dr Syed Husin dalam ucapan dasarnya berkata PKR perlu mengadakan sebanyak mungkin bengkel,kursus dan latihan ialah untuk menimbulkan kesedaran dan kekuatan organisasi dan perpaduan politik.

Ujarnya lagi, apabila anggota parti sudah menerima, memahami dan menghayati dasar dan matlamat parti yang sebenarnya, mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kekayaan serta martabat.

Azmin berkata salah satu tumpuan beliau yang terkandung dalam manifesto sebagai calon timbalan presiden adalah meningkatkan program latihan dan bengkel seperti
yang disarankan Dr Syed Husin dalam ucapan dasarnya pagi tadi.

“Program seperti ini dapat merapatkan lagi perpaduan pimpinan dan anggota parti dapat menghayati semangat dan idealisme perjuangan yang akan meningkat istiqamah supaya tidak mudah terpengaruh dengan elemen-elemen luar.

“Saya menyambut baik gesaan beliau supaya parti meningkatkan dan memberikan tumpuan untuk meningkatkan program latihan atau pun kem-kem politik ini supaya
anggota parti dan pimpinan makna perjuangan yang sebenarnya,” jelas Azmin selepas selesai ucapan dasar Kongres Nasional Tahunan ke-7 timbalan presiden di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pagi tadi.

Tambah beliau, perkara itu akan ditumpukan selepas selesai kongres PKR,Ahad ini.

Dalam pada itu, Dr Syed Husin Ali dalam ucapannya berkata bagi memastikan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya, PKR harus memainkan peranan yang lebih aktif khususnya di negeri Selangor.

Mengulas seruan ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Raja, Shuhaimi Shafie berkata tiga elemen utama perjuangan parti iaitu kebertanggungjawaban, ketelusan dan kecekapan telah menjadi teras utama urustadbir Selangor.

Katanya, ketiga-tiga elemen ini yang diterapkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar menjadi ikutan negeri-negeri lain yang bukan ditadbir Pakatan Rakyat.

“Elemen penting ini dapat menyekat sebarang salah laku, perbuatan yang cenderung kepada unsur-unsur rasuah,” katanya.

“Satu mekanisme yang terbaik haruslah kita adakan supaya apa yang dihajati oleh kerajaan negeri boleh dilaksanakan dengan penglibatan seluruh agensi di bawah kerajaan negeri.

Namun begitu, Shuhaimi berkata prinsip utama kerajaan negeri Selangor adalah membela nasib rakyat seluruhnya dengan adil dan saksama, tanpa mengira latar-belakang parti.

“Kita lebih mengutamakan rakyat yang terbanyak tanpa meminggirkan anggota-anggota PKR,”

No comments: