Oleh Suara Keadilan |
SHAH ALAM 5 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusannya sempena perayaan Deepavali yang diraikan masyarakat India beragama Hindu menyeru supaya rakyat terus berusaha untuk meraih kebaikan kerana untuk mendapatkannya adalah merupakan satu perjuangan suci. "Perayaan Deepavali merupakan suatu perayaan bagi meraikan kemenangan kebaikan mengalahkan kejahatan, kemenangan keadilan menewaskan kezaliman. “Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan” - terjemahan dari bait yang terkandung dalam adikaram keempat Thirukural, adikarya penyair besar Tamil, Tiruvalluvar. Karya tersebut katanya adalah sebuah karya yang sarat dengan tunjuk ajar kebaikan yang disampaikan dalam bentuk puisi. "Gema dari bait-bait Thirukural kini semakin bermakna tatkala menjelangnya Deepavali," ujar Anwar dalam perutusan tersebut. |
Sunday, November 7, 2010
Anwar Seru Rakyat Teruskan Perjuangan Demi Keadilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment