28 wakil rakyat kena dakwa, 11 dari Barisan Nasional dan 17 dari Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR: Seramai 28 wakil rakyat didakwa dengan pelbagai tuduhan serta kesalahan jenayah di Mahkamah Jenayah sejak 2001, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.Katanya, daripada jumlah itu seramai 17 wakil rakyat pembangkang membabitkan 10 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga PAS dan empat DAP.
“Tiga wakil rakyat dari PAS juga pernah didakwa di Mahkamah Jenayah, iaitu Dr Mohd Hatta Md Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai), Dr Lo'lo Mohamad Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) dan Mohd Apandi Mohamad (Ahli Parlimen Jeli).
“Dalam DAP, empat wakil rakyat didakwa dengan kesalahan jenayah Liew Tian Khiew (ADUN Pandamaran), Voon Lee San (ADUN Batu Lintang, Kuching), Tony Pua (ADUN Petaling Jaya Utara) dan Lau Weng San (ADUN Kampung Tunku),” katanya menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut). di Dwan Rakyat, semalam.
Katanya, Barisan Nasional (BN) pula membabitkan 11 wakil rakyat sudah didakwa di Mahkamah Jenayah meliputi tujuh dari UMNO, seorang Gerakan dan tiga MCA.
Wakil rakyat UMNO, Datuk Seri Dr Khir Toyo (ADUN Sungai Panjang), Abd Rahman Bakri (Ahli Parlimen Sabak Bernam), Suhaili Abdul Rahman (bekas Ahli Parlimen Labuan 1999-2008).
Datuk Ahamad Kuris Mohd Nor (bekas ADUN Semenyih 2004-2008), Mustafa Salim (ADUN Lenggeng), Datuk Omar Othman (bekas ADUN Jelai) dan Datuk Azman Mahalan (bekas ADUN Tapah).
Wakil rakyat Gerakan Yap Soo Sun (ADUN Serdang), manakala MCA pula Tun Dr Ling Liong Sik (bekas Ahli Parlimen Labis, Johor), Tan Sri Chan Kong Choy (bekas ADUN Selayang) dan Ng Kim Lai (bekas ADUN Mengkibol, Kluang).
“Berdasarkan statistik itu, 33 kes sudah dituduh, satu kes peringkat sebutan, 13 kes (perbicaraan), dua kes (hujahan) dan dua kes dijatuhkan hukuman.
“Sebanyak sembilan kes dilepaskan dan dibebaskan, serta ada 10 rayuan dibuat terhadap kes yang sudah dibicara,” katanya.
Sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment