Saturday, March 19, 2011

Akhbar pemfitnah no 1 Negara!

Laporan akhbar Utusan hari in 18 Mac 2011 jelas berniat jahat dengan memesongkan fakta sebenar. Utusan cuba menghasut pemikiran pembaca dengan cara penulisan sempit dan tidak bertanggungjawap. Laporan sebegini tidak membangunkan minda masyarakat bahkan mencemar etika kewartawanan yang sewajarnya disanjung tinggi.

Tapak lombong di Olak Lempit adalah tanah anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu diatas sebahagian PT 28750, HS(Ð) 26426 dan PT 24578, HS(D) 24199, Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, seluas 120 ekar.

Mengikut rekod Pentadbir Tanah Kuala Langat, tanah ini bukanlah tanah yang di wartakan sebagai kawasan rizab orang asli atau kawasan rayau orang asli. Dulunya sebahagian hutan simpan Kuala Langat Utara yang dibatalkan bagi tujuan prelombongan bijih timah.

Kebenaran memungut hasil kepada 10 keluarga Orang Asli (OA) di Bukit Perah, Pulau Kempas dan Bukit Kemandol, tidak bermaksud kawasan tersebut menjadi tanah rizab OA atau kawasan rayau OA.

Kebenaran di buat mengikut The Forest Enactment 1918 bukan Akta 134 OA. Di bawah Sek 340 Kanun Tanah Negara 1962, PKPS mempunyai hak untk mentadbir, mengurus dan menggunakan tanah tersebut.

Di dalam hal ini PKPS telah membenarkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk mengalih bahan batuan (pasir) dan KSSB mematuhi peraturan dan dasar kerajaan negeri Selangor.

Dakwaan mengatakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah mengesahkan bahawa mukim Tanjung 12 adalah kawasan OA berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 26 Nov 1965, telah di salah tafsirkan.

Di dalam surat tersebut, JHEOA hanya mengesahkan bahawa Kg OA Pulau Kempas, Bkt Cheeding, Bkt Kecil, Bkt Serdang, Bkt Kemandol dan Tg Rabok adalah kawasan penempatan OA sejak 1965, susulan MMKN pd 26 nov 1965. Di dalam surat PT/D K. Lngt, Bil (6) dlm P.L.B.D. K.Lgt 279 bertarikh 17 Dis 1965, mengatakan bahawa kawasan tanah kerajaan yang terkandung di dalam kawasan simpan orang melayu dan di duduki oleh OA di tukar status kepada kawasan OA di bawah sek 6, Aboriginal People Ordinance 1954.

Kawasannya adalah
1. Bukit Lambak
2. Bukit Tanjung Mengkuang
3. Bukit Kemandol ( Bukit Madol)
4. Bukit Tanjung Rabok
5. Bukit Cheeding dan
6. Bukit Serdang.

Keluasan tanah yang di luluskn oleh MMKN, Bukit kemandul, Tanjung Keluang dan Tanjung Rabok - 544.20 hektr. Bukit Cheeding - 123 hektr. Bukit Serdang - 110 hektr. Bukit Kecil (Bukit Lamabak) - 16.20 hektr. Jumlah 793.4 hektr sahaja.

Bukan seluas 7243 hektr seperti dalam Utusan!

Jelas laporan khas Utusan ini sengaja mengelirukan rakyat di Selangor dan sengaja memutarbelitkan kenyataan sebenar.

Nasihat saya pada pengurusan akhbar ini, jika telus, berani dan menepati maksud penyebar fikiran rakyat yang sebenar, maka keluarkan jenyataan ini dengan tepat dan betul. Jika tidak jadilah Utusan sebagai akhbar penyesat fikiran rakyat dan akhbar penipu serta pemfitnah no satu dalam negara ini.

Shuhaimi Haji Shafiei
Ahli Lembaga Pengarah KSSB,
Ketua Penerangan Keadilan Selangor,
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan,
ADUN Sri Muda

No comments: