Loading...

Saturday, April 30, 2011

Fw: Surat Pembaca

Surat Pembaca

Kempen Mansukan ISA: Tindakan Kerajaan Negeri Tepat

Penulis menyeru Menteri Besar dan kepimpinan Kerajaan Negeri meneruskan kempen Mansuhkan ISA secara lebih agresif bagi menyedarkan rakyat serta tidak tunduk kepada mana mana pihak yang kurang senang dengannya.

Keputusan memasang papan iklan yang memaparkan kempen itu adalah sah kerana ia diluluskan dalam Sidang Dewan Negeri lalu yang mendapat mandat mejoriti Ahli Dewan. Bahkan kerajaan negeri di saran agar berterusan memuatkan kempen tersebut dalam akhbar rasmi Selangorkini, Selangor Times dan Selangor Indru pada setiap keluarannya.

Sesi percambahan minda tentang kempen ini boleh dibuat melalui simposium dan dialog ilmiah wajar diadakan di TV Selangor secara kerap. Ia boleh disiarkan secara langsung dengan kehadiran tokoh tokoh yang pernah dizalimi undang undang ini tampil membincangkannya.

Tolak ketepi rungutan Timbalan Pengerusi UMNO/BN Selangor Dato Seri Noh Omar yang menyifatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai 'gila kuasa' kerana usaha ikhlas Menteri Besar Selangor dan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk memberi kempen kesedaran tentang kezaliman undang undang ISA kepada rakyat menunjukkan sikap sebenar Noh Omar dan BN yang makin 'kehilangan arah' dalam melancarkan 'serangan baru' kepada kerajaan negeri.

Jika benar ia kerja sia sia, kenapa beliau tidak mengarahkan ADUN UMNO/ BN lebih bijak berhujah dan menentang dengan lebih berfakta semasa perbahasan di sidang dewan yang lepas? Agaknya beliau tidak dimaklumkan bahawa semasa perbahasan berlangsung hanya beberapa orang ADUN UMNO/BN berada dalam dewan, selebihnya mungkin sudah sampai ke rumah.

Mana mungkin satu kempen kesedaran kepada rakyat metentang kezaliman ISA dilihat sebagai suatu tindakan yang sia-sia! Segala kepayahan yang dialami oleh mangsa dan keperitan bebanan keluarga mangsa undang undang zalim ISA ini yang kebanyakannya orang Melayu, tidak di endah langsung dalam keangkuhan fikiran berkecamuk Noh Omar menegakkan hujah basi.

Penulis mahu bertanya, bagaimana pula sikap Noh Omar dengan perbelanjaan Kerajaan Pusat UMNO/BN yang telah membelanjakan lebih RM70 Juta setahun wang rakyat kepada Syarikat APCO Worldwide sebagai penasihat yang tujuannya hanya satu; mengembalikan keyakinan rakyat pada 1BN! 

Apa pula komen UMNO/BN dalam pembaziran Jambatan Bengkok di Johor dan Port Klang Free Zone (PKFZ)? Apakah itu wang UMNO/ BN? Kenapa membatu seperti di sumpah Sang Kelembai?

Kenapa pembaziran wang rakyat ratusan ribu menyediakan khemah untuk sekali perasmian Program SUBUR di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak di sebut sama? Apakah kerana wang itu masuk ke kantung Pemuda UMNO kesayangan Noh maka ia didiamkam dan tidak membazir? Apa jadi dengan SUBUR dan bekalan baja bawah kementerian Noh? Apa berlaku pada bekalan benih padi yang kurang bermutu keluaran syarikat sekutu UMNO? Usah pura pura tidak tahu kesan kegagalannya! Sia sia menjadi Menteri yang tidak tahu apa berlaku di kementerian sendiri.

Tidak ada istilah 'gila kuasa' dalam kepimpinan Pakatan Rakyat kerana kuasa merupakan satu amanah besar yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat dan kempen Mansuhkan ISA adalah atas kemahuan mejoriti rakyat di Selangor. Jangan lupa, mejoriti rakyat Selangor memilih Pakatan Rakyat! Bukan BN yang menerajuinya.

Penulis ini yakin rakan rakan dalam Keadilan mahupun PR Selangor berpadu tenaga  dalam membantu kempen penerangan kerajaan negeri menerangkan kepada rakyat keperluan memansuhkan undang undang kejam ISA ini dan bertekad memperkasakan lagi kempen ini supaya lebih ramai rakyat memahami keperluan memansuhkan ISA yang jelas zalim lagi tidak berperikemanusiaan ini.

Kejayaan kempen ini samada akan berjaya atau tidak, akan ditentukan oleh rakyat dan samada membazir atau sia sia hanya dapat di lihat dalam keputusan pilihanraya akan datang.

Apabila kempen ini di sambut mesra oleh rakyat, waktu itu barulah Noh Omar sedar siapa yang 'gila kuasa' dan siapa pula 'gila kerana kehilangan kuasa' di seluruh negara. 

Shuhaimi Haji Shafiei
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan /
ADUN Sri Muda

30 April 2011

No comments: