Tuesday, April 19, 2011

PRN Sarawak : PR Tingkat Undi Popular Kepada 41.6 Peratus

Sunday, 17 April 2011 | Ruangan: Berita

KUCHING 17 April - Pakatan Rakyat menambah jumlah kerusi di DUN Sarawak dalam pilihanraya yang berlangsung semalam malahan PR turut meningkatkan jumlah undi popular dengan memperolehi 41.6 peratus atau 262,000 undi.

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menulis dalam tweet bahawa undi popular BN Sarawak telah merosot teruk dari 62.93 peratus kepada 55.24 peratus. Beliau juga mengucap tahniah kepada rakyat Sarawak.

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).

Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.


Sumber: Selangorkini

No comments: