Loading...

Monday, April 25, 2011

Sebutan semula hasutan ADUN Sri Muda 20 Jun
Apr 25, 11 2:46pm
NONEShuhaimi Shafiei., 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari lepas atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut di laman blognya pada 30 Disember 2010. [VIDEO DI DALAM]


Sebutan semula kes hasutan Adun Sri Muda 20 Jun

April 25, 2011

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 20 Jun ini bagi sebutan semula kes hasutan yang melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas dipohon oleh peguambela Shuhaimi, Nizam Bashir pada prosiding hari ini.

Shuhaimi, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Feb lepas atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut di laman blognya pada 30 Dis 2010.

Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk “pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959″ di laman blognya http://srimuda.blogspot.com yang mengandungi ayat-ayat yang menghasut di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Nizam meminta tarikh sebutan baru itu sementara menunggu perjalanan kes permohonan Shuhaimi untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Hasutan itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi di sini telah menetapkan 31 Mei ini bagi pengurusan kes itu dan pihak pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan pembelaan mereka.

Shuhaimi, yang merupakan Adun daripada Parti Keadilan Rakyat itu memfailkan notis usul bagi mengenepikan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Hasutan itu pada 1 April lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini atas alasan Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana bercanggah dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak pendakwaan pada prosiding hari ini diwakili Timbalan Pendakwaraya Siti Syakimah Ibrahim.

- Bernama

No comments: