Loading...

Wednesday, July 11, 2012

KES TALAM ADALAH SATU PROSES KUTIPAN HUTANG

KENYATAAN MEDIA
11JULAI 2012
 
Kes Talam merupakan satu proses bagaimana Kerajaan Selangor mengutip hutang sebanyak RM392 juta daripada syarikat Talam Corporation. Malangnya, kejayaan cuba untuk diremehkan dengan  mempersoalkan kewibawaannya. Sesetengah pihak telah memberi persepsi seolah usaha ini telah dilakukan dengan tidak professional dan telah merugikan rakyat Selangor.
 
Saya ingin tegaskan bahawa pengutipan hutang ini adalah hasil usaha Menteri Besar Incorporated (MBI) yang Ahli Lembaga Pengarahnya adalah terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan saya sendiri selaku Pengerusi.
 
Proses pengutipan hutang ini melibatkan dua peringkat dimana peringkat pertama adalah "debt recognition" atau pengesahan hutang.
 
Peringkat pertama telahpun selesai dimana Dewan Selangor telah mengiktirafkan hutang tersebut dan MBI telah diberi tugas untuk mengutip hutang tersebut.
 
Dalam menjalankan tugas mengutip hutang, MBI telah membuat beberapa perjanjian untuk memastikan hutang diselesaikan dengan beberapa cara termasuk pembayaran tunai dan penyerahan harta kepada MBI.
 
Sebagai sebuah badan professional, MBI telah membuat beberapa usaha bagi memastikan kepentingan kerajaan negeri sentiasa diutamakan. Antara usaha
yang dilakukan adalah memastikan Talam menandatangani perjanjian dokumen jaminan nilai aset ( Underwriting assets document) yang diserahkan. Semua asset yang diserahkan oleh Talam hendaklah tidak kurang dari RM392 juta.
 
Ini bermakna walau apa pun aset yang diserahkan, rakyat negeri Selangor tidak akan mengalami kerugian kerana jaminan nilai aset melalui perjanjian tersebut.
 
Peringkat kedua pula adalah pelaksanaan perjanjian yang melibatkan proses yang agak rumit dan  sukar difahami oleh mereka yang kurang arif. Kerajaan Negeri percaya pegawai yang terlibat telah melaksanakan tugas dengan baik kerana akhirnya kesemua hutang tersebut dapat dikutip semula. Pada masa yang sama, mereka ini telah memastikan setiap transaksi mempunyai dokumen lengkap dengan minit-minit yang direkodkan. Tiada ruang untuk mana-mana pihak mengambil komisyen atau imbuhan daripadanya.  
 
Memandangkan masih ada lagi orang yang mahu memberi tohmahan kepada pegawai kerajaan ini maka MBI telah membuat keputusan untuk menjemput firma audit dan akauntan bertaraf antarabangsa untuk meneliti dan mengkaji proses pelaksanaan kutipan hutang sepenuhnya. Firma ini juga akan menyediakan satu laporan dan analisa secara professional. Usaha ini akan dikelolakan oleh bekas Akauntan Negara, Y Bhg Dato Mohd Salleh Mahmud.
 
Saya ingin tegaskan, usaha mengutip hutang bukanlah retorik politik. Bukan juga untuk meraih publisiti. Ianya adalah amanah dan tanggung jawab dalam menguruskan sumber kewangan negeri yang akhirnya sumber tersebut harus dipulangkan semula kepada rakyat.
 
TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR 
  
新闻稿 KENYATAAN MEDIA
11JULAI 2012
 
达南案件只是一个追讨债务程序
  达南案件只是雪州政府向达南集团追讨高达3亿9200万令吉债务的一个程序。遗憾的是,这项成就非但被微小化,更被质疑它的可信度。有些人士更尝试制造一个印象表示这项努力的处理是不专业与损害雪州子民的利益。
  我想要在此强调,这个回收债务是大臣机构整体团队的努力,而这董事团队成员是由专业人士与政府官员,其中还包括了州秘书、州财政司与我本身作为董事会主席。
  整个追讨债务程序涉及2个阶段,第一个阶段是承认债务(debt recognition)。
  在第一阶段中,该程序通过州议会确认该债务,并授权大臣机构(MBI)追讨该债务后,经已完成。
作为一个专业的机构,大臣机构(MBI)做出了各种努力来确保州政府的利益得到重视,其包括确保达南集团签署了确值合约 ( Underwriting assets document),以便所移交的财物将不少过3亿9200万令吉。
 这表示,不管任何被移交的财物,其市值肯定不超过3亿9200万令吉。所以,整个过程不会导致州政府亏损任何一分钱。
 第二阶段就是执行合约中的任务,虽然这涉及很多繁杂与一般人难懂的程序,但是雪州政府相信这些负责的官员都在执行中表现良好,因为最后所有债务都成功回收。同时他们也确保所有交易都拥有完整的文件与会议记录。同时,这将会杜绝任何方面能够从中获益。
  眼看依然有人尝试想要质疑政府官员,大臣机构(MBI)决定邀请专业的稽查与会计公司来检思与探讨整个债务回收程序。此会计公司也将会准备一份完整与专业的分析报告。这个分析报告团队会由前国家会计司拿督莫哈末撒勒(Dato Mohd Salleh Mahmud)来领导。
 这项回收此债务的努力不是任何政治口号,更不是为了争取宣传,反之它只是一个州政府正在有诚信地履行它管理州财务的责任,以便州财富能够归还于民。
 
雪州州务大臣
丹斯里拿督斯里卡立伊布拉欣敬启
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: