SHAH ALAM 19 Julai: Pimpinan Umno BN tidak pernah puas merompak harta
rakyat walaupun kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Adakah
ia memberi pengajaran kepada Umno? Tidak ada! Selepas tewas, makin
teruk mereka rompak…Projek NFC (National Feedlot Corporation) bernilai
RM250 juta pun dia sapu,” katanya di hadapan lebih 3,000 hadirin pada
ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Jalan Kebun di sini malam tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, sepanjang 50 tahun memerintah, Umno
BN ghairah membolot duit rakyat untuk diberikan kepada keluarga tetapi
tidak pernah memikirkan masalah rakyat yang berpendapatan rendah.
Beliau memberi contoh skandal NFC apabila anak Ketua Wanita Umno,
Datuk Seri Shahrizat Jalil dibayar gaji sehingga RM30,000 sedangkan
rakyat hanya berpendapatan RM900 sebulan.
“Anak
kita kerja kilang gaji RM900. Pakatan Rakyat nak beri gaji minima
RM1,100 sebulan, dia (kerajaan) kata bankrap…Anak kamu kerja dapat gaji
RM30,000 sebulan, tak bankrap pulak…,” tempelak Anwar.
Anwar turut menyelar pemimpin BN merompak permit teksi untuk diberikan kepada keluarga menteri dan kroni mereka.
Keadaan itu katanya, memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.
“Ketua Umno Bahagian dapat 250 permit, bekas menteri yang dah tua
dapat 15 hingga 30 permit. Ketua Umno Pemuda Umno semua dapat permit.
“Pemandu
teksi kerja teruk…Mana ada pemandu teksi yang kaya, yang kaya adalah
kroni Umno. Sebab itu kalau kita memerintah, kita janji beri permit
untuk bantu dia,” katanya.
Hadir sama, Ketua Wanita
KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei; Ahli Parlimen Kota
Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Serdang; Teo Ni Ching dan
Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Arif Sabri.
Pada majlis itu juga empat NGO yang mewakili sekitar 4000 ahli di seluruh Selangor menyerahkan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat. Ia di ketuai oleh Bekas YDP ABIM Selangor, Ustza Zawawi Mughni yang juga merupakan anak jati Kampung Jalan Kebun. Wakil perkerja industri Selangor Dar Aznizam, NGO India Sri Muda sdr Singgam dan wakil penduduk cina Sarawak di Sri Muda dan Putra Heights sdr Leon Lee.
No comments:
Post a Comment