Bertempat di Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam berlangsung satu diskusi meja bulat yang dianjurkan oleh portal Antarapos bertajuk "Peranan Media Baru Dalam Menentukan Kemenangan PRU13".
Menampilkan penyertaan dari pelbagai latar belakang politik diskusi ini setidaknya dapat menemukan mereka yang berlainan ideologi duduk semeja bagi mengutarakan pelbagai pandangan. Ia berlansung secara harmoni dan terkawal walaupun ada usikan usikan bermitifkan poliutik diselitkan.
Antara panel yang dijemput oleh portal Antarapos selaku penganjur adalah ADUN Sri
Muda yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie, Pengerusi Unit
Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Tun Faisal Ismail Aziz dan bekas
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang juga seorang ahli DAP
Hata Hawari. Manakala moderator adalah Azlan daripada Antarapos sendiri.
Topik yang dibincangkan agak menarik untuk dikupas namun moderator terlebih dahulu mengingatkan panel yang hadir bahawa diskusi meja bulat kali ini bukanlah pentas perdebatan tetapi lebih kepada perbincangan dan percambahan minda berkaitan topik yang diberi.
Dapat diperjelaskan di sini hampir ketiga-ketiga ahli panel bersetuju bahawa media baru berperanan dalam mempengaruhi pola dan corak pemikiran serta landskap politik terutama pengundi muda lebih-lebih lagi menjelang PRU13 yang akan datang.
Cuma sekarang perbezaan yang ketara penguasaan media media baru ini tidak lagi dikuasai serta dimonopoli sepenuhnya oleh pihak pembangkang seperti tahun 1999 ketika reformasi sedang hangat ketika itu dan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU12 pada tahu 2008. Ini kerana pihak kerajaan persekutuan dan BN telah mengupah blogger dan kaki spin upahan UMNO telah sikit sebanyak telah mengimbangi kekuatan media baru milik Pakatan Rakyat.
Ini diakui sendiri oleh ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie ketika ditanyakan soalan berkaitan oleh moderator. Menurut beliau, kemunculan secara mendadak pengamal media sama ada sebagai twiterian, facebooker atau pun blogger mula menenggelamkan kekuatan blogger pakatan sebelum ini. Ia berlaku kerana pihak UMNO dan BN mampu mengupah ramai golongan orpotunis dalam bidang ini. Buktinya ramai pengendali blog upahan sekarang ini tampil meminta upah mereka di bayar seperti yang berlaku di selatan tanahair baru baru ini.
Namun, Shuhaimi juga melahirkan rasa tidak selesa dengan kaedah yang digunapakai blogger-blogger Pro-BN yang dilihat banyak menggunakan bahasa yang kasar dan lucah dalam artikel yang dikeluarkan. Namun kenyataan ini kurang dipersetujui oleh Pengerusi UMB kerana menurut beliau templet yang digunapakai blogger Pro-BN adalah diwarisi daripada apa yang pernah dilakukan oleh blogger-blogger pembangkang sebelum ini seperti contoh penggunaan "Mahazalim" dan "Mahafiraun" terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir. Namun demikian Shuhaimi menegaskan bahasa yang digunakan jauh lebih lunak berbanding blogger upahan UMNO BN yang memaki hamun dan menabur fitnah, seperti yang difitnah padanya.
Panelis ketiga pula, Hata Hawari mencadangkan agar ditubuhkan Majlis Media seperti yang terdapat di negara India dan Indonesia agar dapat mengawalselia tindak-tanduk pengamal media sosial di negara ini. Namun, cadangan ini kurang dipersetujui oleh Tun Faisal dan Shuhaimi Shafie kerana mereka berpandangan dengan penubuhan Majlis Media ini kelak akan menyebabkan terjadinya sekatan kepada kebebasan menulis, bersuara dan menyampaikan apa yang terbuku dalam hati seseorang individu. Kebebasan dan cara penulisan adalah karya tersendiri dan sukar di kawal
Kesimpulan daripada perbincangan ini hampir semua ahli panel bersetuju agar pengamal media baru perlu lebih bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu perkara dan berharap rakyat Malaysia yang menjadi penerima maklumat agar lebih matang dan menyelidiki dahulu sebarang berita yang diterima. Fitnah dan tohmahan palsu perlu ditentang kerana ia boleh menjejaskan generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment