Saturday, January 10, 2009

Lawatan & Pemeriksaan Kesihatan

Pada pukul 3.00 petang 09/01/2008, satu pasukan Pegawai Kesihatan & Penguatkuasa daripada Cawangan Kota Kemuning MBSA telah mengadakan lawatan sambil pemeriksaan kesihatan di kilang Gardenia yang terletak di Bukit Naga.

Rombongan ini turut disertai oleh 2 orang Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, iaitu En. Uthayasorian dan En. Tan Ah Kow. Pegawai lain termasuklah Inspektor Kesihatan En. Azahar, Penolong Pegawai Penguatkuasa En. Mustafa dan pagawai-pegawai lain.

Perlu diakui kilang ini mempunyai sistem kawalan kesihatan yang sempurna dan cemerlang. Banyak pengalaman boleh dipelajari daripada kilang ini selepas lawatan.

Kawasan kilang yang dipenuhi lori hantaran yang beriklan Gardenia.


En Uthayasorian & En. Tan Ah Kow - Ahli Majlis serta En Azahar Inspektor Kesihatan di ruang tamu syarikat.


Gambar rombongan berkumpulan dalam kawasan kilang pengeluaran.

Pemandangan dalaman kilang pembuatan roti.

Pegawai MBSA di ruang tamu syarikat.

No comments: