Sunday, January 11, 2009

Pusat Tuisen Percuma Sri Muda

Kelmarin 10/01/09, Pejabat ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafiei telah merasmikan pusat khidmat Seksyen 25 menjadi pusat tuisen percuma kepada semua anak-anak pengundi Srim Uda yang berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

Turut hadir dalam majlis perasmia termasuklah YB Dr. Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja dan Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow serta barisan kepimpinan DUN Sri Muda.

Diperingkat awal, seramai 100 pelajar telah mendaftarkan diri untuk mengikut tuisen UPSR, PMR dan SPM. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua warga Sri Muda tanpa mengira kaum ataupun bangsa.




No comments: