Sejajar dengan pengumuman Dato Bandar Bandaraya Shah Alam pada Mesyuarat Majlis 30/12/2008, bahawa 2009 adalah tahun penguatkuasaan. Ia bermaksub, MBSA telah merancang strategi penguatkuasaan sepanjang tahun 2009.
Lanjutan daripada itu, MPP Zon 12 telah mengatur plan tersendiri demi menyahut keputusan majlis. Pegawai penguatkuasa dan pegawai kesihatan daripada Cawangan Kota Kemuning dengan kerja sama MPP Zon 12 telah mengadakan pemeriksaan bersiri di sekitar Seksyen 31 & 33. Berikut adalah rekod pemeriksaan Pasar Pagi Seksyen 31 Kota Kemuning.
Gambar bersama En. Yap penjual sayur, En. Azahar Inspektor Kesihatan, En. Tan Ah Kow Ahli Majlis & En. Rahman Pegawai Penguatkuasa.
Progres pemeriksaan lesen sedang dijalankan.
Pengurus Cawangan Kota Kemuning turut sertai kerja-kerja pemeriksaan.
Penjaja Warga Asing Tidak Berlesen
Juga didapati kebelakangan ini terdapat banyak penjaja tepi jalan tidak berlesen dikendalikan oleh warga asing. Memang menjadi Dasar MBSA tidak membenarkan mana-mana warga asing memegang sebarang jenis lesen perniagaan dalam kwasan pentadbiran majlis.
Rekod berikut adalah siri gambar di mana penguatkuasa MBSA menjalankan tugas sitaan ke atas suatu tempat penjaja tidak berlesen oleh seorang warga Indonesia di Seksyen 26.
Pemeriksaan kesahihan berniaga oleh pegawai penguatkuasa.
No comments:
Post a Comment