Sunday, January 11, 2009

Gotong Royong MPP Zon 12, MBSA

Selaras dengan arahan kerajaan negeri Selangor, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 MBSA juga turut menganjurkan gerak kerja gotong royong di Taman Alam Indah (Seksyen 33) Shah Alam.

Sungguhpun program dirancang dalam tempoh masa yang singkat, namun sedemikian dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Persatuan Penduduk Taman Alam Indah dan MPP Zon 12, ia berjaya dilangusngkan dengan sempurna lalu mencapai objektifnya.

Taklimat dan kata-kata motivasi sebelum gotong royong bermula oleh Pengerusi MPP Zon 12 merangkap Ahli Majlis MBSA En. Tan Ah Kow.

Pengerusi MPP Zon 12 menunjukkan keadaan longkang yang sudah tersumbat bertahun-tahun sambil mengambil rumput yang dicabut daripada longkang depan pintu masuk rumah.

Persediaan memasang peralatan gotong royong sedang dilakukan.
Ahli Jawatankuasa MPP Zon 12 En. Gan & En. Nazari sedang giat bantu kerja-kerja pembersihan.

Sambutan penduduk tempatan amat menggalakkan bersama-sama sumbang tenaga.



Pegawai Penguatkuasa Cawang Kota Kemuning MBSA turut hulurkan tangan memberikan bantuan tanpa sebarang rungutan.


Keadaan longkang di bawah pintu masuk rumah menjadi punca utama menyebabkan air tertakung.

Sarapan ringan dan minuman dibekalkan selepas letih bergotong royong.

Pemandangan sekitar taman yang dipenuhi rumput-rumpai perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

No comments: