Saturday, January 10, 2009

Dialog Dengan Pengusaha Kedai Makanan

Pada 05/01/09 pukul 2.30 petang, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12, MBSA telah menganjurkan satu majlis berdialog dengan semua pengusaha kedai makanan daripada Seksyen 31 & 33.

Majlis ini dipengerusikan oleh Pengerusi Zon 12 merangkap Ahli Majlis En. Tan Ah Kow. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengusaha kedai dalam kawasan zon ini. Turut menghadiri majlis dialog ini termasuklah Pengarah Pelesenan En. Rosli, Ketua Penguatkuasa Cawangan Kota Kemuning En. Sallehuddin, Inspektor Kesihatan En. Azahar, Setiausaha Kehormatan Zon 12 En. Anthony Das serta wakil Pengurus Cawangan En. Feros.

Tujuan utama majlis dialog ini adalah untuk memberikan penerangan dasar-dasar pelesenan dan kesihatan MBSA kepada semua pengusaha kedai. Lanjutan itu, sesi dialog juga membolehkan komunikasi dua-hala sambil menjawab soalan-soal daripada hadiran-hadirin.

Pandangan luaran pejabat MPP Zon 12.


Barisan Panel Majlis Dialog (kiri ke kanan) En Azahar Inspektor Kesihatan, En. Anthony Das Setiausaha Kehormat MPP Zon 12, En Tan Ah Kow Ahli Majlis/Pengerusi MPP Zon 12, En. Rosli Pengarah Pelesenan, Wakil Pengarah Perkhidmatan Bandar, En. Sallehuddin Ketua Penguatkuasa Cawangan.

Hadiran-hadirin yang menyertai majlis dialog.



No comments: