Loading...

Tuesday, January 13, 2009

MBSA Utamakan Kebersihan Restoran

Sejajar dengan perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk meningkatkan tahap kebersihan dan kesihatan restoran, tahun ini telah diumumkan sebagai Tahun Penguatkuasaan.

Lantaran itu, pemeriksaan berkala akan dijalankan atas semua premis terutamanya kedai makanan dan restoran. Pada 13/01/09, sepasukan pegawai penguatkuasa dan Inspektor Kesihatan telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kedai di Kota Kemuning. Dukacitanya, tahap kebersihan masih jauh ketinggalan. Berikut adalah penemuan daripada pemeriksaan:

Peralatan dalam dapur amat kotor dan menjijikkan.


Simpanan dalam peti ais tidak pernah dibersihkan sekian lama.

Dapur dipenuhi dengan lipas berkeliaran.

Keadaan stor yang berbau busuk, kesesakan pengaliran udara.

Almari stor untuk menyimpan bahan mentah.




Tepung gandum juga menjadi sarang lipas.

Bungkusan garam diselaputi dengan tahi lalat dan disyaki termasuk tahi tikus dan lipas.

Bangkai lipas bertaburan atas lantai stor.

Adakah anda boleh menerima keadaan sebegini menjadi restoran utama anda sekeluarga?

No comments: