Loading...

Friday, January 16, 2009

Membantu Calon PAS (PR) PRK P 36, Kuala Terengganu

Membantu Calon PAS P36 K. Terengganu
KUALA TERENGGANU - YB.Shuhaimi Hj Safiei seawal pagi 11 Januari 09' telah tiba di Kuala Terengganu untuk bersama-sama Kepimpinan Parti keADILan Rakyat untuk membantu jentera pilihanraya di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu P36.Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Calon dari Parti Islam Semalaysia (PAS) akan ditentang oleh calon dari BN serta seorang calon Bebas.YB.Shuhaimi telah berkesempatan melawat beberapa Pusat Jentera Pilihanraya daripada keADILan dan PAS untuk meninjau persiapan serta keberkesanan kempen yang telah dijalankan setelah beberapa hari berkempen.

Ketika berada di Kuala Terengganu YB, Shuhaimi telah berkesempatan menyampaikan ceramah dibeberapa lokasi yang telah diaturkan serta bertemu secara terus dengan pengundi - pengundi di Kuala Terengganu.Maklumbalas yang diterima dari pengundi amat memberangsangkan meraka menyatakan SOKONGAN untuk memberikan kemenangan kepada Calon daripada Pakatan Rakyat (PAS).Rakyat Terengganu terutamanya seluruh Pengundi di Kuala Terengganu diseru untuk turun beramai-ramai di hari pengundian bagi menunaikan tanggungjawab seterusnya memenangkan calon dari Pakatan Rakyat (PAS) pada Pilhanraya kecil P36 pada 17 Januari 2009 nanti.


1. YB.Shuhaimi ketika menyampaikan ucapan kempen PRK P36, Kuala Terengganu



2.YB.Haji Yaakop Sapari (Exco Selangor),YB.Shuhaimi (Pembantu Exco Selangor).YB.Amirrudin (Adun Gombak) serta Pegawai - Pegawai dan Petugas keADILan di Rumah KeADILan Selangor

No comments: