Loading...

Thursday, January 29, 2009

AKHIRNYA KUNCI DEWAN PENTADBIRAN JKKK KG.JALAN KEBUN DISERAHKAN

Papan Tanda yang terdapat dihadapan Dewan JKKK KG. Jalan Kebun 40460 Shah Alam



Selama tujuh bulan terkunci bermula 30hb januari 09' Dewan ini akan beroperasi semula

JALAN KEBUN - Setelah hampir tujuh bulan berjuang dan menanti akhirnya kunci dewan pentakbiran JKKK telah diserahkan kepada Pengurusi yang baru Tuan Ahmad Shahrom oleh Tuan Hj Rahsidi.Selama tujuh bulan Tuan Shaharom berusaha untuk mendapatkan kunci dewan tersebut dengan dengan pelbagai cara namun menemui jalan buntu kerana keengganan pihak pentakbiran yang terdahulu menyerahkannya.

Keengganan pengurusan yang terdahulu membuka kunci dewan untuk digunakan bagi menempatkan mangsa - mangsa kejadian banjir yang berlaku pada beberapa bulan yang lalu benar - benar telah menggundang rasa tidak puashati mangsa serta penduduk Jalan Kebun.Namun kerana daya usaha dan kerja keras yang ditunjukkan oleh Tok Ketua Kampung merangkap Pengurusi JKKK Tuan Shahrom Hj Ahmad serta campurtanggan dari YB. Shuhaimi Hj Shafiei Akhirnya Kunci dewan tersebut diserahkan sendiri oleh pengurusi Jkkkp.

Shuhaimi Hj Shafiei berkata setelah dewan pentakbiran JKKK sudah dimiliki beliau amat berharap agar pengurusan JKKK yang baru dapat mengunakan dewan tersebut untuk kebaikkan bersama tanpa mengira fahaman politik.Jika selama tujuh bulan semua perjumpaan yang melibatkan JKKK dijalankan ditempat - tempat yang tidak menentu serta tiada kesesuaian inilah masanya untuk pengurusan JKKK mengunakan dewan tersebut dengan sebaik mungkin.Orang ramai juga digalakkan untuk mengunakan dewan tersebut untuk pelbagai aktiviti agar ia akan menjadi salah satu lokasi yang dapat mengeratkan lagi perpaduan antara penduduk setempat.Beliau juga melahirkan rasa terharu dan mengucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada Tok Ketua Kampung Tuan Shahrom Hj Ahmad, AJK JKKK serta seluruh penduduk kampung Jalan Kebun diatas kesabaran dan sokongan yang padu dalam menyelesaikan perkara tersebut.
Kerana tidak dapat menerima kenyataan pertukaran pengurusan dewan ini terbiar sepi selama tujuh bulan tanpa sebarang aktiviti
Shuhaimi Hj Shafiei disatu majlis bersama - sama penduduk Kg, Jalan Kebun


Tuan Shahrom Hj Ahmad Pengerak utama dalam usaha mendapatkan kunci Dewan JKKK Kg, Jalan Kebun

Sunday, January 25, 2009

Selamat Tahun Baru Cina

Majlis Perwakilan Penduduk Zon 12 merangkap Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Encik Tan Ah Kow @ Tan Sie Wai mengucapakan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada 26/01/2009 kepapa semua warga Shah Alam. Semoga tahun baru akan membawa tuah tambahan dan kemakmuran kepada masyarakat Selangor amnya, dan Bandaraya Shah Alam khasnya.

Kami sedar sungguhpun tahun 2009, Majlis Bandaraya akan terus menghadapi pelbagai cabaran baru, namun kami tetap yakin dengan kerjasama dan sokongan semua pihak sambil membuangkan perasaan politik kepartian; Bandaraya Shah Alam pasti boleh mencapai satu rekod yang lebih cemerlang daripada sebelum ini.


Friday, January 23, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

KotaKemuning - YB Shuhaimi Shafiei mengucapkan selamat menyambut tahun tahun baru cina kepada seluruh masyarakat tiong hwa yang akan menyambutnya pada 26 dan 27 Januari ini.Menurut Shuhaimi Shafiei perayaan seperti ini adalah kesempatan terbaik kepada seluruh rakyat untuk memupuk dan mengeratkan lagi perpaduan dengan mengunjungi teman - teman dan rakan taulan yang merayakannya.Walaupun sambutan pada tahun ini berkemungkinan disambut agak serderhana kesan dari krisis ekonomi global namun itu tidaklah menjadi penghalang untuk masyarakat tiong hwa merayakan perayaan yang terpenting itu
.
Shuhaimi Shafiei juga ingin berpesan kepada semua penguna jalanraya yang akan pulang ke kampung agar lebih berhati - hati dan menumpukan sepenuh perhatian ketika memandu.Kerana dijangkakan orang ramai akan mengambil kesempatan musim cuti yang panjang ini dengan pulang ke kampung serta berehat dilokasi peranginan bersama - sama keluarga.kepada meraka - meraka yang mana akan bercuti panjang dinasihati agar memastikan kediaman berada didalam keadaan yang selamat dan memaklumkan kepada jiran tetangga serta kepada pihak keselamatan agar ada pihak akan memerhatian keadaan rumah sepanjang musim cuti nanti.


YB.Shuhaimi Shafiei dan YB.Dr Siti Mariah Mahmud bersama-sama Barisan kepimpinan keADILan JDM Tmn Sri Muda 3.

Wednesday, January 21, 2009

Pasar Malam Taman Sri Muda Sek 25

TAMAN SRI MUDA - Kerana kurangnya kesedaran bertapa pentingnya menjaga kebersihan tapak Pasar malam oleh para perniaga yang berniaga di pasar malam Taman Sri Muda yang beroperasi pada setiap hari Jumaat.Baru - baru ini seorang penunggang motorsikal telah ditimpa kecelakaan (kemalangan) jalan raya yang disebabkan oleh jalan yang berminyak dan licin. mangsa yang menjalankan perniagaan Bengkel kereta gagal mengawal motorsikalnya lalu terjatuh dan menyebabkan mangsa telah luka di beberapa bahagian angota tubuh badannya.

Mangsa yang telah hadir membuat aduan di pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda melahirkan rasa kurang senang di atas sikap para perniaga yang masih tidak memperbaiki ataupun menyelesaikan permasaalahan tersebut dari terus berulang.Bertindak daripada aduan tersebut Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei telah mengarahkan pegawai pusat Khidmat Rakyat serta Pengurusan JDM Taman Sri Muda 3 untuk turun ke pasar malam tersebut untuk melihat dan meninjau serta bertemu dengan para perniaga untuk mencari jalan penyelesaian berkenaan perkara tersebut. Dalam lawatan tersebut ada sinar dan harapan serta kerjasama yang baik di berikan oleh para perniaga untuk menjaga kebersihan agar kejadian sama tidak berulang dimasa yang akan datang.JDM Sri Muda 3 melalui Ketuanya Sdr, Cikgu Segar serta Ketua Wanita JDM Haslina Ghazali telah memanjangkan perkara ini ke pengetahuan Pengurusi MPP Zon 9, Sdr. Vembarasan untuk tindakan selanjutnya kiranya para perniaga masih gagal untuk memastikan perkara yang sama dari terus berulang.

Kawasan tapak Pasar Malam ketika para perniaga memulakan perniagaan sekitar jam 6 ptg

Pegawai Media/Skuad Bencana Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda berbincang dengan perniaga untuk mencari penyelesaian masaalah yang timbul.

Sisa bahan masakan yang berminyak terbiar di atas jalan (Tapak) pasar malam.

Nyata dan jelas para perniaga tidak menitik-beratkan soal kebersihan walaupun baru sahaja memulakan perniagaan kesan minyak sudah dapat di lihat.

Ketua keADILan JDM Tmn Sri Muda 3, Cikgu Segar meninjau kesan minyak di tapak pasar malam pada pagi hari sabtu.

Mangsa kecelakaan jalan raya menunjukkan lokasi dimana beliau terjatuh akibat permukaan jalan yang licin kesan tumpahan minyak memasak yang dibiarkan oleh perniaga-perniaga.
Turun Padang Punggut Cukai

Pada pagi 19/01/09 Jawatankuasa Pungutan Hasil Majlis Bandaraya Shah Alam telah menjalankan keputusan Majlis untuk turun padang mengesan dan menemui penghutang-penghutang cukai pintu. Pada hari tersebut, sejumlah 7 kedai telah dikunjungi.

Pengarah Kewangan MBSA En. Roslan dan Ahli-ahli Majlis sedang memberikan penerangan kenyataan hasil.

Pegawai Hasil Cik Julai sedang berunding dengan pekedai yang bertunggakan.

Rombong MBSA sedang berunding dengan seorang penunggak cukai untuk mencari jalan penyelesaian.


Barisan Ahli Majlis yang turut turun padang pada pagi 19/01/09.

Rundingan Pegawai Hasil MBSA ditemani oleh Ahli Majlis En. Najmi sedang berunding dengan salah seorang pekedai.

Ahli Majlis En. Manaf, en. Kamarulzaman & En. Najmi sedang berjalan menuju ke kedai sasaran.

Pengarah Kewangan MBSA En. Roslan sedang menuju ke tapak kilang disasarkan.
Tahniah & Syabas Raykat K. Terengganu


KEJAYAAN Rakyat Kuala Terengganu menzahirkan slogan "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" telah memenangkan calon PAS dari gabungan Pakatan Rakyat dalam PRK Kuala Terengganu (P 036) 17Januari lalu.Namun kejayaan ini tidak akan tercapai seandainya tanpa usaha dan kerja keras rakan-rakan dalam gabungan Pakatan Rakyat(PAS,PKR & DAP) serta Rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu itu sendiri.YB Shuhaimi yang turut bersama-sama berada di Kuala Terengganu semasa berkempen melahirkan rasa terharu diatas kesungguhan yang di tunjukkan oleh sukarelawan yang hadir membantu terutamanya wanita keADILan Kota Raja khususnya Wanita Dun Sri Muda.

Setelah hampir 2 minggu berkampung di Kuala Terengganu bersama-sama berganding bahu jentera pertugas PAS,keADILan & DAP akhirnya membuktikan bahawa ikatan jalinan kerjasama antara Parti gabungan Pakatan Rakyat sesungguhnya erat dan jitu.Semasa proses PRK berlansung mata rakyat tidak dapat ditipu lagi apabila disepanjang jalan-jalan menuju ke pusat membuang undi Jentera pertugas serta perayu undi Pakatan Rakyat menggabungkan Rakyat yang berbilang bangsa adat serta budaya sehinggalah kepimpinan Parti pun turut bersama-sama walaupun dalam cuaca yang agak panas.Teryata dapat dilihat dengan jelas sekali perpaduan antara kaum didalam Pakatan Rakyat Mencerminkan Politik Malaysia Yang Baru bemi Rakyat dan Negara Malaysia yang tercinta.

Shuhaimi Shafiei dalam kenyataannya menyeru kepada seluruh ahli parti agar tidak merasa angkuh serta sombong diatas kemenangan yang baru dicapai baru - baru ini.Yang penting adalah menzahir serta membuktikan bahawa kemenangan itu akan menjadi satu perangsang dan semangat kepada Kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat untuk berkerja dengan lebih gigih demi kesejahteraan Rakyat tanpa mengira Kaum dan Agama agar rakyat akan terus menyokong Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya yang akan datang.

Tuesday, January 20, 2009

Majlis Kesyukuran & Suai-Kenal Jln Kebun

YB.Shuhaimi Hj Safiei menyampaikan ucapan kepada tetamu dan penduduk yang hadir.

Datok Ketua Kampung Ybhg Tuan Shahrom Hj Ahmad .
Pengurusi Persatuan Penduduk Taman Muhammad 1, mengalu-alukan kehadir tetamu serta penduduk.

Dari kiri, Tuan Hj Hakim,Yb Shuhaimi dan Tuan Shahrom (ketua kampung) ketika menikmati hidangan.


JALAN KEBUN.Penduduk Taman Muhammad 1, Telah menganjurkan majlis kesyukuran serta suai kenal diantara penduduk taman tersebut dengan penduduk di sekitar kampung Jalan Kebun pada hari ahad 18 Januari yang lalu.Majlis yang bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan serta kemesraan dikalangan penduduk - penduduk sekitarnya.
Pihak penganjur telah berbesar hati mengundang Adun Sri Muda YB Shuhaimi untuk turut serta memeriahkan majlis tersebut seterusnya berkenalan dengan penduduk ditaman tersebut.Shuhaimi Safiei dalam ucapannya telah menyentuh betapa pentingnya sikap bertolak ansur serta kemesraan dikalanggan penduduk demi kebaikan bersama tanpa mengira apa jua pandangan politik.Beliau juga menegaskan didalam soal keselamatan,kesihatan serta pelajaran tiada perbezaan kerana ia adalah hak rakyat tanpa menggira fahaman politik.
Majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Kampung Ybhg Tuan Shahrom serta beberapa pemimpin dari PR itu Shuhaimi Safiei juga turut berpesan kepada seluruhan Rakyat di kampung Jalan Kebun untuk tidak merasa malu untuk berjumpa terus dengan beliau di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat yang terletak di Kota Kemuning sekiranya menghadapi apa jua permasaalah.
Gotong Royong MPP Zon11 & JKKK Jln Kebun

Datok Ketua Kampung Tuan,Shahrom B. Hj Ahmad turut melakukan kerja-kerja mengecat

Dengan semangat ingin berbakti untuk keselesaan para perniaga serta pengunjung Pasar malam di kampung Jalan Kebun .AJK MPP Zon 12 dan AJK JKKK telah bersama-sama berganding bahu mengecat bangunan Surau yang baru dinaik taraf di tapak Pasar Malam Jalan Kebun.Seawal jam 8.00pagi Datuk Ketua Kampung Ybhg.Tuan Sharom B. Hj Ahmad telah berada dilokasi menantikan kehadiran orang ramai untuk memulakan majlis gotong royong tersebut.Ketua kampung Menyampaikan Rasa bangga kepada seluruh AJK Pengurusan pasar malam yang baru kerana dalam tempoh tidak sampai 2 bulan mengambil alih pasar malam tersebut telah berjaya menaik taraf surau yang sebelum ini hanya mampu untuk menampung jemaah seramai 4 orang sahaja dalam satu masa.Yb,Shuhaimi melalui wakil beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat di majlis gotong royong tersebut juga rasa bangga beliau kepada usaha yang dicetuskan oleh Tuan Hj Solehan selaku bendahari JKKK kampung Jalan Kebun.
Pihak pengurusan Pasar Jalan Kebun berikrar untuk menjalankan tugasan dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin demi keselesaan semua.Memandangkan semakin ramai yang ingin berniaga di Pasar malam Jalan Kebun Pihak Pengurusan meminta kepada semua perniaga yang baru ingin berniaga agar berjumpa dengan pihak pengurusan agar tidak timbul sebarang permasalahan masa akan datang.
Antara yang terakhir meninggalkan majlis mengabadikan kenangan dihadapan Surau Pasar Malam Jalan Kebun.
Kelas Tuisyen Rakyat Sek. 25 Bermula

Seksyen 25, Tmn Sri Muda- Biro pendidikkan Dun Sri Muda telah berjaya merealisasikan hasrat dan impian Yb.Shuhaimi untuk memberikan kelas tuisyen percuma kepada pelajar- pelajar yang akan memduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM pada tahun ini. Kelas tuisyen yang pertama bermula pada 17 Jan hari sabtu yang lalu telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelajar-pelajar serta sokongan ibu bapa sendiri.Yb. Shuhaimi ketika menyampaikan ucapan perasmian pada minggu yang lalu telah menyatakan kesungguhan beliau untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan di Dun Sri Muda agar mendapat pendidikkan yang lebih sempurna demi menjamin masa hadapan yang lebih cermerlang.

Yb,Shuhaimi menyeru kepada ibu bapa yang ada memiliki anak yang akan menduduki peperiksaan Upsr,Pmr dan Spm agar mendaftarkan anak beliau ke kelas tuisyen tersebut kerana tiada yuran bulanan yang di kenakan kepada pelajar yang mendaftar.Pelajar hanya akan di kenakan bayaran minimum RM10 (UPSR),RM15 (PMR) dan RM20 (SPM) sebulan untuk membiayai kos makan minum serta kertas kerja manakala bayaran untuk para Guru akan dibayar oleh Yb.Shuhaimi sendiri.Kepada ibu bapa atau pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai kelas tuisyen tersebut boleh terus mendaftar di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Taman sri Muda seksyen 25, Shah Alam.Atau untuk maklumat lanjut sila hubungi Haslina- 012 318 5145.

Pertugas di Pusat Khidmat Masyarakat Taman Sri Muda Pada sesi pendaftaran pelajar Kelas Tuisyen Rakyat Dun Sri Muda (N50).

Monday, January 19, 2009

Majlis Perlantikan Nazir & AJK Masjid Al-Naim


17hb, Jan 09' Dewan Orang Ramai MBSA Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Alam.Satu majlis Mesyuarat perlantikkan Nazir serta AJK yang baru telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak di ingini.YB.Shuhaimi melahirkan rasa syukur kehadrat ALLAH SWT di atas kelancaran sepanjang majlis berlansung.Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang terlibat menjayakan majlis tersebut serta kepada seluruh Penduduk yang hadir pada hari tersebut.

Maka pada tanggal 18hb,Jan 09' Nazir serta seluruh AJk yang baru dilantik akan menjalankan tugasan meraka.Besar harapan YB,Shuhaimi agar Nazir serta Ajk yang baru menjalankan tanggungjawap diamanahakan dengan penuh keimanan,keiklasan dan kesabaran demi kebaikan seluruh umat Islam di kampung Bt 7, Jalan Kebun.Beliau juga berdoa dan berharap semoga Masjid Al-Naim Kampung Bt 7,Jalan Kebun akan menjadi salah satu Masjid yang terbaik dalam menyebarkan syiar Islam di Dun Sri Muda "InsyaALLAH".Beliau juga berpesan kepada semua pengurusan yang baru agar tidak malu untuk meminta nasihat dan pandangan daripada pengurusan yang lama.Beliau juga mengucapkan Tahniah dan terima kasih kepada Nazir terdahulu Ybhg,Tuan Haji Rashidi B. Hj Ali disepanjang perkhidmatan beliau dan Hanya ALLAH SWT yang akan membalas segala jasa serta pengorbanannya selama ini.

Saturday, January 17, 2009

Naik Tarafkan Jalan Monkara

Hasil daripada dayausaha MPP Zon 12 berbincang dengan pengurusan MBSA dan pemaju, kini Jalan Mokara akan dinaik-tarafkan ke suatu level yang lebih tinggi dalam masa terdekat.

En. Tan Ahli Majlis MBSA selaku Pengerusi MPP Zon 12 juga tidak pernah berat tulang turun padang untuk melihat, memantau dan bercincang dengan mana-mana pihak berkaitan dengan kualiti kemudahan awam demi warga Kota Kemuning.