Thursday, April 8, 2010

BANTUAN DIHULUR BAGI MERINGGANKAN SEDIKIT BEBANAN MANGSA RIBUT DI KAMPUNG SRI NADI JALAN JOHAN SETIA


SRI MUDA - Tiada insan di muka bumi ini yang ingin sesuatu bencana menimpa mereka namun akan tetapi apa juga yang berlaku dan menimpa itu adalah ketentuan serta ujian dari yang maha esa.Beberapa hari yang lalu dalam kejadian angin kencang dan ribut yang melanda beberapa lokasi di kawsan DUN Sri Muda turut melibatkan beberapa rumah di Kampung Sri Nadi Jalan Johan Setia.Seorang mangsa yang terlibat Tuan Hj Sehat Hashim berkata ketika kejadian beliau tiada di rumah kerana berada di Kuala Lumpur kerana ada urusan peribadi dan selepas mendapat berita berkenaan kejadian yang menimpa beliau telah bergegas pulang untuk melihat kerosakan yang berlaku.

Dalam kejadian pada hari tersebut sebanyak tiga buah rumah telah terlibat dan hanya rumah Tuan Hj Sehat sahaja yang mengalami kerosakan teruk.Pejabat YB Shuhaimi Hj Shafiei telah menghantar wakil untuk meninjau dan bertanyakan khabar kepada pemilik - pemilik yang mana kediaman meraka rosak akibat kejadian ribut yang berlaku pada hari tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei telah memberikan sedikit sumbangan untuk meringgankan sedikit bebanan yang sedang di tanggung oleh pemiliki yang mana kediaman mereka rosak akibat kejadian ribut tersebut.Shuhaimi Hj Shafiei akan berusaha untuk memberikan bantuan dengan memohon dari pihak - pihak yang berwajib agar dapat semua mangsa menjalani kehidupan yang selesa seperti sebelum kejadian.












No comments: