Wednesday, April 21, 2010

TINDAKAN PENGUSAHA DAN PEMANDU BAS MENJADIKAN BAHU JALAN DIPERSIARAN BUDIMAN TAMAN SRI MUDA
SEBAGAI TEMPAT MELETAKKAN BAS MENGGUNDANG BAHAYA KEPADA ORANG RAMAI


SRI MUDA - Sikap pengusaha bas henti - henti membiarkan pemandu mereka menjadikan tempat menunggu bas dan teksi di Persiaran budiman Taman sri muda sebagai tempat meletakkan bas dalam jangka masa yang panjang amatlah dikesali. Aduan serta runggutan orang ramai kepada pihak MBSA serta Polis masih lagi bagaikan tiada tindakan yang di ambil kerana kejadian tersebut tetap berlaku setiap hari.


Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini telah turun sendiri ke lokasi yang terletak di persiaran Budiman untuk melihat sendiri kebenaran berkenaan dengan permasalah tersebut demi mencari satu jalan penyelesaian kerana sekiranya perkara tersebut berterusan ia akan memberikan kesulitan kepada ramai yang mengunakan laluan tersebut.Ujar Shuhaimi Hj Shafiei perkara ini telah beberapa kali dibangkitkan didalam mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Petaling yang mana telah dihadiri oleh Pihak Polis IPD Shah Alam dan MBSA yang mana ketika mesyuarat tersebut berlangsung melahirkan keyakinan satu tindakan tegas akan diambik kepada pemandu serta pengusaha bas tersebut agar permasalahan tersebut dapat dihentikan.Namun akan tetapi sehingga ke hari ini perkara yang sama tetap berulang seperti mendapat kebenaran dari pihak yang berwajib dan ini menimbulkan peretanyaan kepada orang ramai adakah pengusaha serta pemandu bas lebih berkuasa dari pihak yang berwajib.


DERETAN BAS MINI YANG DILETAKKAN SEPANJANG PERSIARAN BUDIMAN MEMBAHAYAKAN PENGUNA JALANRAYA YANG LAIN

HANYA TINGGAL SATU LORONG JALAN SAHAJA YANG BOLEH DIGUNAKAN SETIAP HARI

BUKAN HANYA BAS MINI YANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN AKAN TETAPI BAS RAPID KL JUGA TURUT TERLIBAT SAMA.

No comments: