Friday, April 9, 2010

SAMPAI BILA RAKYAT PERLU BERSABAR DENGAN KESULITAN DAN KESUKARAN YANG TIADA PENYELESAIANNYA

SRI MUDA - Sanggupkah anda melalui kesulitan dan kesukaran yang berpanjangan sehingga ada waktunya anda rela dalam keterpaksaan untuk melaluinya demi yang di katakan sebuah kemajuan.Rakyat tidak mengira kecil atau besar tidak sesekali menolak dan menghalang kemajuan namun akan tetapi ada waktunya rakyat terpaksa membayaran dengan nilailah yang sungguh tinggi sekali.Situasi ini yang dilalui oleh sebahagian besar penduduk yang menetap di sepanjang Jalan sellathevan Batu 4, Kampung Jawa yang mana terpaksa berhadapan dengan jentera berat dan jalan raya yang rosak serta berdebu setiap hari.

Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa dukacita beliau di atas permasalahan yang sedang dihadapi oleh penduduk - penduduk dikawasan tersebut. Kerana jelas kelihatan sepanjang pemerhatian beliau berada di lokasi tersebut hampir kesemua lori yang menjalankan kerja - kerja mengangkut tanah merah telah melebihi paras yang dibenarkan selain mereka memandu terlalu laju dan tidak menghiraukan kenderaan lain.Shuhaimi Hj Shafiei memohon kerjasama dari pihak - pihak yang berwajib seperti Pejabat Daerah/Tanah Klang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam agar mengambil langkah segera untuk membendung permasalah tersebut dari berterusan ini kerana rakyat tidak harus terlalu dibebankan hanya ingin menjaga sebahagian kecil pengusaha dan pemaju.


KEDEGILAN PEMANDU INI ADAKAH KERANA ADA YANG MELINDUNGINYA

JALAN RAYA YANG SEBELUM INI SEMPURNA DAN BERTAR KINI SUDAH TIDAK TERURUS DAN ROSAK

JALAN BERLUBANG MENJADI PEMANDANGAN BIASA DI JALAN SELLATHEVAN bATU 4, KAMPUNG JAWA

HAMPIR SEBAHAGIAN JALAN ROSAK TERUK NAMUN PIHAK YANG BERWAJIB TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA


KELIHATAN SEORANG PENDUDUK TERPAKSA MENGUNAKAN JALAN UTAMA INI WALAUPUN BERHADAPAN DENGAN BAHAYA

No comments: