TINDAKAN BIADAP PEMIMPIN,AHLI SERTA PENYOKONG UMNO JALAN KEBUN DI KESALI
SRI MUDA - Tindakan yang tidak mencerminkan kematangan dalam politik dan sistem demokrasi di negara Malaysia yang tercinta ini jelas dipertontonkan oleh kepimpinan serta ahli - ahli Umno di Kampung Jalan Kebun baru - baru ini.Beberapa hari yang lalu Pakatan Rakyat Jalan Kebun telah menganjur satu majlis ceramah untuk mengupas isu semasa serta kekusutan politik yang sedang melanda Malaysia yang mana telah menampilkan tokoh yang tidak asing lagi ketika ini antaranya YB Dato Sri Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat), YB Shuhaimi Hj Shafiei serta YB Puan Hjh Mariah Mahmud.Namun akan tetapi sebelum bermulanya majlis pada malam tersebut pemimpin serta ahli - ahli umno dari salah satu cawangan telah melakukan sekatan jalan raya yang mana tidak membenarkan orang ramai dari hadir ke majlis ceramah tersebut serta menaikkan beberapa kain rentang yang tertulis perkataan - perkataan kesat yang tidak mencerminkan peradaban orang ISLAM dan MELAYU.Selain melakukan sekatan jalan raya sekumpulan pemuda yang menunggang motosikal telah membuat bising dengan melakukan aksi - aksi yang merbahaya.
Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa kesal di atas tindakan yang tidak matang oleh pemimpin serta ahli - ahli umno dari salah satu cawangan yang terdapat di Kampung Jalan Kebun yang mana telah cuba mengagalkan majlis ceramah pada malam tersebut.Namun akan tetapi sambutan dan kehadiran orang ramai amat luar biasa pada malam tersebut telah memberikan isyarat amat jelas kepada pihak umno bahawa rakyat masih utuh memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat bila mana melihat kehadiran orang ramai pada malam tersebut lebih besar jika hendak di bandingkan jumlah kehadiran orang ramai ketika umno menganjurkan majlis ceramah beberapa hari sebelum Pakatan Rakyat menganjurkannya.
Ekoran dari tindakan yang tidak bertamadun oleh pemimpin serta penyokong umno pada malam majlis tersebut Pakatan Rakyat telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.Laporan polis tersebut dibuat adalah untuk langkah berjaga - jaga kerana maklumat yang diperolehi meraka akan berterusan menganggu serta membuat provokasi setiap kali Pakatan Rakyat menganjurkan apa juga majlis di masa - masa akan datang.Pihak yang berwajib terutamanya Polis diharap agar dapat menjalankan siasatan yang telus mencari dalang yang mengetuai perbuatan tersebut kerana dikhuatiri akan berulang kejadian yang serupa di masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment