Loading...

Sunday, April 25, 2010

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan Tak Laku Di Felda Sg Tengi

Petikan: SUARA KEADILAN

KUALA KUBU BAHARU - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dimalukan di Felda Sungai Tengi apabila pengundi wanita dan lelaki tidak mahu bersalaman dengan beliau.

Kejadian berlaku apabila beliau tiba di kawasan tersebut dan terus ke kumpulan wanita untuk bersalaman.

Beberapa pengundi enggan bersalam dengan Maslan atas alasan adalah haram bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.

Pengundi lelaki pula tidak mahu bersalam dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kerana mereka mendakwa tangan beliau kotor disebabkan menerima rasuah.

Secara keseluruhan pengundian bagi pilihan raya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor berjalan lancar walaupun terdapat sedikit ketegangan di Batang Kali.

Cuaca setakat pukul 11.45 pagi kelihatan baik walaupun Jabatan Kaji Cuaca menjangkakan hujan akan turun pada lewat tengahari.

Timbalan Pengarah I Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil, Shuhaimi Shafiei berkata di Batang Kali keadaan agak tegang apabila petugas Barisan Nasional cuba merobohkan khemah petugas Pakatan Rakyat.

"Kita bukan dirikan pondok panas atau barong, hanya pondok untuk petugas kita berteduh dan berfungsi sebagai pusat penghantaran makanan dan minuman bagi petugas kita. Lagi pun penyokong kita di kawasan tersebut kurang daripada jumlah penyokong BN tapi alhamdulillah mereka masih bertahan di situ," kata

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Seri Muda.

Wartawan Suara Keadilan melaporkan penyokong BN bertindak liar sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hampir jatuh ditolak.

Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sekolah Kebangsaan Bandar baru batang kali kira-kira pukul 11 pagi dan hanya sempat melawat seketika sebelum meneruskan lawatan ke pusat pengundian lain.

Shuhaimi berkata laporan petugas di Dulu Selangor menyatakan pergerakan trafik agak lancar kecuali sedikit kesesakan ketara dilaluan Rasa-Batang Kali.

Tiga petugas Pakatan Rakyat juga dilaporkan hilang apabila tidak sampai di kawasan yang mereka ditugaskan di Ampang Pecah.

"Kekeliruan juga berlaku di Sekolah Menengah Datuk Kamaruddin kerana sekolah tersebut terdapat dua pusat pengundi dan pengundi agak keliru pada mula di mana mereka harus membuang undi," kata beliau.

Shuhaimi juga melaporkan dua khemah sewaan yang ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Batang Kali hilang kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Sementara itu keadaan dikatakan tegang di Sekolah Rendah Agama Kalumpang apabila jarak antara kumpulan penyokong Pakatan Rakyat dan BN dikatakan terlalu dekat.

Pusat mengundi di situ mempunyai 945 pengundi dengan tiga saluran.

Sebelum itu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan seramai 200 daripada 1,350 pengundi berdaftar telah membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kerling.

Di Kerling juga suasana panas apabila BN yang menggunakan remaja untuk mengejek penyokong Pakatan Rakyat yang lalu di kawasan tersebut.

No comments: