Thursday, April 8, 2010



SHUHAIMI HJ SHAFIEI NAIK KE ATAS BUMBUNG PANGSAPURI RIMAU INDAH UNTUK MENINJAU SENDIRI KEROSAKAN AKIBAT RIBUT YANG MELANDA


SRI MUDA - Orang ramai yang menghuni pangsapuri Rimau Indah berada didalam situasi yang menakutkan bilamana satu kejadian angin puting beliung melanda penempatan mereka beberapa hari yang lalu.Ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 4. 00 petang tersebut ada beberapa orang penduduk sedang menikmati minum petang di sebuah warung dan dapat menyaksikan kejadian tersebut secara dekat.Salah seorang peniaga telah berjaya merakamkan kejadian tersebut mengunakan telefon bimbitnya yang mana pertama kali peniaga tersebut menyaksikan kejadian yang sedemikian sepanjang beliau tinggal di situ.

Dalam kejadian tersebut telah mengakibatan kerosakan pada bumbung di semua pangsapuri Rimau Indah.Shuhaimi Hj Shafiei meluangkan masa dengan meninjau ke lokasi kejadian.Shuhaimi Hj Shafiei bukan hanya sekadar meninjau dari bawah namun akan tetapi beliau tanpa rasa gayat telah naik ke bahagian paling atas iaitu di atas bumbung untuk melihat sendiri dengan lebih dekat kerosak yang berlaku untuk diambil tindakan segera.



No comments: