Friday, April 9, 2010

PERMASALAHAN TAPAK BERNIAGA KEPADA PENIAGA SEPANJANG JALAN 27/27, ALAM MEGAH DISELESAIKAN


SRI MUDA - Keluahan serta aduan dari para peniaga yang berniaga di sepanjang Jalan 27/27, Alam Megah Shah Alam berkenaan tapak mereka menjalankan perniagaan kepada Shuhaimi Hj Shafiei mendapat perhatian sewajarnya.Baru - baru ini satu majlis taklimat dan juga perbincangan telah dilangsungkan demi mencari satu jalan penyelesaian agar kesemua peniaga dapat meneruskan operasi perniagaan mereka dalam keadaan tenteram dan selesa tanpa perlu khuatir di ambil tindakan dari Pihak berkuasa tempat.



Shuhaimi Hj Shafiei telah mencadangkan kepada bahagian perlesenan Majlis Bandaraya Shah Alam agar tempat letak kereta Dewan Orang Ramai di Seksyen 27 Shah Alam di jadikan tapak pemindahan kepada para perniaga yang berniaga di sepanjang Jalan 27/27 tanpa lesen perniagaan.Sebanyak 15 petak telah disediakan untuk semua peniaga yang mana mengunakan sistem penggiliran untuk sesi pagi , tengahari dan petang.Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar semua peniaga dapat menyesuaikan diri terlebih dahulu sebelum membuat apa juga andaian berkenaan dengan kawasan pemindahan baru ini kerena setiap sesuatu perkara yang baharu perlu mengambil masa kerana sesuatu yang baharu perlu mengambil masa sedikit sebelum ia dapat diterima oleh semua orang.






No comments: