Penjelasan Adun Sri Muda: Suhaimi nafi dakwaan tidak sehaluan
TAMAN SENTOSA - Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja, Shuhaimi Shafie menafikan khabar angin yang mengatakan beliau tidak sehaluan dengan Ketua Cabang dan mendakwa, tuduhan itu tidak berasas.
Shuhaimi berkata, khabar angin itu adalah tinda- kan pihak tertentu untuk melihat pertelagahan berlaku dalam parti khususnya di Kota Raja.
Menurutnya, dakwaan itu dilakukan oleh mereka yang kecewa disebabkan tidak mendapat apa yang diingini termasuk demi kepentingan peribadi.
“PKR bukan seperti parti lain yang boleh dijadikan platform untuk hidup bersenang kerana ditubuhkan untuk mengembalikan hak dan kebebasan rakyat.
“Malah, ada pemimpin dan ahli yang keluar parti itu adalah sebilangan mereka yang kecewa akibat tidak mendapat tempat dan kepentingan untuk mereka.
“Tindakan itu secara tidak langsung membersihkan parti daripada barah yang boleh merosakkan agenda perjuangan khususnya dalam memperjuangkan hak untuk rakyat,” katanya.
Ketua PKR Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar mahu setiap ahli dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) bekerja keras bagi menguatkan pergerakan itu khususnya di kawasan ini.
Katanya, anggota PKR perlu bersatu dalam apa jua keadaan bagi memperkasakan parti.
Menurutnya, parti memerlukan individu yang telus dalam apa jua tindakan dan pelaksanaan dalam setiap agenda yang hendak dijalankan terutama membabitkan masyarakat di sini.
“Tindakan beberapa pemimpin dalam PKR yang keluar parti langsung tidak menjejaskan semangat dan perjuangan kita.
“Malah tindakan itu lebih baik daripada kelompok ini menjadi duri dalam daging dan merosakkan parti di mata rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Kota Raja, di sini.
Hadir sama, Ketua AMK Cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri:.
Sinar Harian:
1 April 2010 (m/s 21)
No comments:
Post a Comment