Sunday, May 8, 2011

Fw: Ceramah JELAs- Tawan Malaysia:j Polis Diingatkan Bersikap Adil dan Porfesional

 Ceramah JELAS - Tawan Malaysia: Polis Diingatkan Bersikap Adil dan Porfesional

                  Kenyataan Media

            PARTI KEADILAN RAKYAT
      NEGERI SELANGOR (KEADILAN)

KEADILAN Selangor berjaya memulakan Program penerangan 'JELAS - Tawan Malaysia' semalam. Misi penerangan ini bermula dengan baik malam tadi di Dewan Hamzah Klang. Program bersama sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysian Indian Voice berserta penglibatan KEADILAN Selangor berjalan dengan lancar.

Hampir 3000 orang; kebanyakannya kaum india hadir mendengar ceramah disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat. Antara penceramah adalah Ketua Umum KEADILAN, Dato Sri Anwar Ibrahim wakil PAS, DAP, NGO terlibat selain wakil KEADILAN Selangor sendiri.

Namun KEADILAN Selangor kesal dengan sikap Polis DiRaja Malaysia yang berusaha menyekat program penerangan di Klang dan di Pelabuhan Klang. Walaupun permit di pohon untuk program di Pelabuhan Klang, ia tidak diberikan kepada penganjur atas alasan biasa, tempat terbuka tidak dibenarkan. Bila tidak dimohon permit, dikatakan pula alasan  tidak di mohon. Sikap dolak dalik Polis ini amat memualkan.

Alasan sebegini adalah alasan yang hanya dikenakan kepada Pakatan Rakyat Selangor, tidak kepada Barisan Nasional (BN). BN bebas mengadakan apa juga aktiviti, ceramah tidak pernah memohjon permit, tukar pengundi secara tak bermoral dibenarkan, melanggar peraturan pilihanraya sesuka hati tiada tindakan, menghasut ketegangan agama seperti Utusan Malaysia tanpa halangan bahkan menjadi pengedar bahan lucah juga dilindungi Polis dan agensi yang sepatutnya bertidak tegas.

KEADILAN menggesa semua agensi penguatkuasaan, terutama pihak Polis bersikap lebih terbuka dan profesional dalam perkara ini. Kegagalan memberikan keadilan yang sama rata kepada dua kumpulan parti politik yang bertentangan dalam negara ini akan memberi gambaran lebih burok pada perkhidmatan polis yang sudah sedia dicemari pelbagai tuduhan berasas. Ia akan mengesahkan cakap cakap rakyat dibawah bahawa, Polis hari ini sama saja seperti salah sebuah bahagian UMNO!

Adalah penting ditegaskan tindakan menyekat KEADILAN dan rakan rakan dalam Pakatan Rakyat lain menganjurkan program penerangan ini tidak akan sesekali melemahkan semangat rakyat untuk bangun menentang kezaliman UMNO / BN.

Teknik lapok pihak polis dalam menghalang orang ramai hadir mendapat maklumat semalam, seperti sekatan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan- yang mengakibatkan jalan sesak sepanjang 5KM hingga ke Shah Alam, 'berlakon lori rosak' yang di bayar RM500 di hadapan tugu keris Klang, halangan masuk di hadapan Taman Gedung Indah tempat ceramah Jelajah MARUAH / JELAS- Tawan Malaysia dan tindakan memotong bekalan elektrik semasa Yb Azmin Ali berucap adalah tindakan tersepit pihak berkepentingan yang menggunakan polis sebagai 'budak suruhan' UMNO / BN.

KEADILAN Selangor sedar tiada apa yang boleh diharapkan dari Polis DiRaja Malaysia di Selangor yang van nya juga tertera logo 1Malaysia, tetapi harus di sedari oleh Ketua Polis Negara bahawa, polis adalah hak milik rakyat Malaysia, bukannya hak milik UMNO / BN. Jadi berkerjalah mengikut kehendak rakyat, bukan atas arahan tuan politik yang semakin tidak selesa kebelakangan ini.   
Bersikap adil lah dalam melaksanakan tugas, bertimbang rasa dalam tindakan. Kelak semasa Pakatan Rakyat memerintah Malaysia jasa baik semua agensi, terutama Polis akan terpahat dalam lipatan sejarah sebagai antara pejuang hadapan kehendak rakyat melakukan perubahan, bukannya pengkhianat kepada harapan rakyat!

Shuhaimi Hj Shafiei
Ketua Penerangan Keadilan Selangor/ Adun Sri Muda
8 April 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: