Wednesday, May 4, 2011




Mangsa kebakara Lorong Haji Hussien Jalan Kebun Menerima Sumbangan

Jalan Kebun : Suasana hiba masih jelas terbayang diraut wajah ahli keluarga mangsa kebakaran yang berlaku pada hari Selasa jam 9.30 malam di Lorong Haji Hussien Jalan Kebun.Sebanyak 12 buah rumah dari 16 buah rumah yang ada telah hangus terbakar dalam kejadian tersebut namun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa yang dilaporkan.Demi meringankan sedikit keperitan dan kesusahan mangsa kebakaran Pejabat Pusat Khidmat rakyat Adun Sri Muda serta Pejabat Lembaga Zakar Selangor telah menghulurkan sedikit sumbangan berupa wang tunai kepada kesemua ketua keluarga mangsa kebakaran tersebut.

Majlis serba ringkas tersebut telah dilangsungkan di Masjid Al - Falah Karaiah Haji Abu Bakar yang mana telah di hadiri Oleh Yb Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja,Wakil Lembaga Zakat Selangor Ybhg Ustaz tamsir serta Ybhg Tuan Kamarulzaman Sanusi Ahli Majlis MBSA yang mewakilan YB Shuhaimi yang tidak dapat bersama - sama di majlis tersebut kerana tidak sehat.



No comments: