Saturday, May 21, 2011

KERAJAAN SELANGOR BERI BANTUAN SEGERA KEPADA MANGSA DAN KELUARGA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT

KENYATAAN AKHBAR

21 MEI 2011

KERAJAAN SELANGOR BERI BANTUAN SEGERA KEPADA MANGSA DAN KELUARGA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT 

Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.

Kerajaan Negeri telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka.Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Dato' Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini.

Dato' Menteri Besar telah mengarahkan  Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga.

Buat sementara waktu, Kerajaan Negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.

Dato' Menteri Besar menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.


SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

--Sekretariat AkhbarPejabat Dato' Menteri Besar SelangorTel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686www.selangorkini.com.mywww.tvselangor.comhttp://www.youtube.com/user/mbselangor
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: