Friday, May 27, 2011




YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI HADIR LOKASI KEJADIAN KEBAKARAN DI KAMPUNG BARU 2, JALAN KEBUN KLANG.

JALAN KEBUN - Sebaik menerima berita tentang kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah kediaman penduduk Kampung Baru 2 Jalan Kebun.Yb Shuhaimi telah bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat kerja - kerja memadamkan kebakaran yang sedang dijalankan oleh Pasukan Bomba serta bertemu dengan pemilik kediaman yang terbakar.Dalam kejadian tersebut hampir keseluruhan kediaman tersebut hangus terbakar termasuk harta benda namun akan tetapi tiada kecederaan serta tiada nyawa yang terkorban.

YB Shuhaimi berkesempatan bertemu dengan pemilik kediaman tersebut yang merupakan seorang warga emas yang mendiami kediaman tersebut bersama - sama anak dan menantu serta 5 0rang cucunya.Semasa kebakaran tersebut berlaku hanya warga emas tersebut yang berada di rumah tersebut kerana anak dan menantu beliau keluar berkerja serta cucu - cucunya ke sekolah.Yb Shuhaimi telah meluangkan masa hampir 3 jam di lokasi kebakaran bersama - sama penduduk setempat untuk membantu anggota penyelamat untuk kerja- kerja memadan dan seterusnya menyampaikan sumbang berbentuk wang ringgit untuk meringankan sedikit bebanan yang sedang ditanggung oleh mangsa.




No comments: